Ikhwanul
Muslimin (IM) adalah satu gerakan Islam yang mengajak dan menuntut agar tertegaknya
syariat Allah, hidup di bawah naungan Islam, seperti yang diturunkan Allah
kepada Rasulullah SAW , dan diserukan
oleh para salafus-soleh, bekerja denganNYA dan untukNYA, keyakinan yang bersih
yang berakar teguh dalam hati, pemahaman yang benar yang akal dan fikrah,
syariah yang mengatur al-jawarih (anggota tubuh), perilaku dan politik. Kini,
gerakan IM tersebar ke
seluruh dunia.
Pengasas IM
adalah Imam Hassan Al-Banna (HAB) yang dibunuh kerana membawa Islam. Meskipun
beliau hanyalah seorang tukang jam, seorang guru dan seorang mujahid. HAB
dilahirkan pada 14 Oktober 1906 di Mahmudiyah, Mesir. Beliau merupakan anak
sulung daripada 8 adik beradik kepada pasangan Ahmad bin Abd Rahman Al-Banna,
seorang tukang jam dan Puan Fudhla seorang wanita yang pintar, peka, mahir
dalam pengurusan rumah tangga serta tegas dan mempunyai kekuatan kehendak yang
diwarisi HAB.
Bapa HAB
merupakan ulama sunni berguru dengan Muhammad Abduh juga penyusun hadis imam 4
serta penulis buku hadis. Beliau mempunyai benyak koleksi kitab-kitab dan
buku-buku dan sering bermusyawarah dengan ulama’ dan cendekiawan.
ADik beradik HAB
adalah
1. Abd Rahman – pengasas Persatuan Tamadun Islam dan kemudiannya bergabung dengan IM
2. Fatimah
3. Muhammad
4. Abdul Basit – merupakan polis di Kaherah tetapi kemudian berhenti berpindah ke Saudi (ana tak ingat pulak bila dan mengapa beliau berhenti)
5. ZAinab – meniggal dunia ketika kecil
6. A. Jamaluddin – dikenali sebagai Jamal Banna dan merupakan seorang penulis dan pengarang
7. Fauziah – isteri kepada Abd Karim Mansur, seorg peguam yang menemani HAB dan ditembak di hadapan Pejabat Syabab Al-Muslimun bersama Imam HAB.
1. Abd Rahman – pengasas Persatuan Tamadun Islam dan kemudiannya bergabung dengan IM
2. Fatimah
3. Muhammad
4. Abdul Basit – merupakan polis di Kaherah tetapi kemudian berhenti berpindah ke Saudi (ana tak ingat pulak bila dan mengapa beliau berhenti)
5. ZAinab – meniggal dunia ketika kecil
6. A. Jamaluddin – dikenali sebagai Jamal Banna dan merupakan seorang penulis dan pengarang
7. Fauziah – isteri kepada Abd Karim Mansur, seorg peguam yang menemani HAB dan ditembak di hadapan Pejabat Syabab Al-Muslimun bersama Imam HAB.
Ketika Hassan al-Banna
berusia dua belas tahun, beliau menjadi pemimpin badan Latihan Akhlak dan
Jemaah al-Suluka al-Akhlaqi yang dikelolakan oleh gurunya di sekolah. Pada
peringkat ini beliau telah menghadiri majlis-majlis zikir yang diadakan oleh
sebuah pertubuhan sufi, al-Ikhwan al-Hasafiyyah, dan menjadi ahli penuh pada
tahun 1922. (Mitchell 1969, 2; Lia 25-26).
Melalui
pertubuhan ini beliau berkenalan dengan Ahmad al-Sakri yang kemudian memainkan
peranan penting dalam penubuhan Ikhwan Muslimin.
Ketika berusia
tiga belas tahun, Hassan al Banna menyertai tunjuk perasaan semasa revolusi 1919 menentang pemerintahan British.
(Mitchell 1969, 3; Lia 1998, 26-27)
Pada tahun 1923,
pada usia 16 tahun dia memasuki Dar al ‘Ulum, sekolah latihan guru di Kaherah.
Kehidupan di ibu negara menawarkannya aktiviti yang lebih luas berbanding di
kampung dan peluang bagi bertemu dengan pelajar Islam terkemuka (kebanyakannya
dengan bantuan kenalan ayahnya), tetapi dia amat terganggu dengan kesan
Kebaratan yang dilihatnya disana, terutamanya peningkatan arus sekular seperti
parti-parti politik, kumpulan-kumpulan sasterawan dan pertubuhan-pertubuhan
sosial sekular terdorong ke arah melemahkan pengaruh Islam dan meruntuhkan
nilai moral traditional. (Mitchell 1969, 2-4; Lia 1998, 28-30)
Dia turut kecewa
dengan apa yang dilihatnya sebagai kegagalan sarjana Islam di Universiti
al-Azhar untuk menyuarakan bangkangan mereka dengan peningkatan atheism dan
pengaruh pendakwah Kristian. (Mitchell 1969, 5)
Beliau kemudian
menganggotai pertubuhan Jama’atul Makram al-Akhlaq al-Islamiyyah yang giat
mengadakan ceramah-ceramah Islam. Melalui pertubuhan ini, Hasan al-Banna dan
rakan-rakannya menjalankan dakwah ke serata pelosok tempat, di kedai-kedai kopi
dan tempat-tempat perhimpunan orang ramai.
Pada peringkat inilah
beliau bertemu dan mengadakan hubungan dengan tokoh-tokoh Islam terkenal
seperti Muhibbuddin al-Khatib, Muhammad Rashid Reda, Farid Wajdi dan lain-lain.
Di tahun
akhirnya di Dar al-’Ulum, dia menulis bahawa dia bercadang menzuhudkan dirinya
menjadi “penasihat dan guru” bagi golongan dewasa dan kanak-kanak, agar dapat
megajar mereka “matlamat agama dan sumber kegembiraan dan keriangan dalam
kehidupan”. Dia mendapat ijazah pada tahun 1927 dan diberikan jawatan sebagai
guru bhs Arab di sekolah rendah
kebangsaan di Isma’iliyya, bandar provincial terletak di Zon Terusan Suez.
(Mitchell 1969, 6)
Al-Imam Hassan
al-Banna kemudainnya menubuhkan gerakan Ikhwan Muslimin di bandar Ismailiyyah
pada Mac 1928. Ketika itu beliau berusia 23 tahun.
Sebagai anak
sulung dalam keluarganya, HAB sangat ambil berat pendidikan adik-beradiknya.
Beliau merupakan penasihat peribadi ayah dan adik-beradiknya. Beliau juga
berperanan dalam perkembangan pendidikan abang-abangnya. Kerana peribadinya,
beliau menekan disiplin dalam keluarganya serta beliau juga mengatur
perbelanjaan dalam keluarganya. Ketika bekerja sebagai guru, beliau sanggup
memotong sebahagian gajinya dan peruntukkan untuk keluarganya. Hal ini menjadikan
hubungan kekeluargaan mereka sangat rapat.
Kepintaran HAB
dan pendidikannya tidak dibatasi masa, sebaliknya beliau mengurus masa beliau
dengan sistematik. Ketika siangnya, beliau akan belajar di sekolah, setelah
tamat sesi pembelajran, beliau akan belajar membaiki jam dengan ayahnya
sehingga isya’. selepas Isya’ adalah waktunya untuk mengulangkaji pelajaran dan
waktu SUbuh adalah waktunya menghafal Quran.
Jamaah Ikhwanul
Muslimin berdiri di kota Ismailiyyah, Mesir pada tahun 1928 iaitu 4 tahun selepas
kejatuhan sistem khalifah Islam terakhir iaitu Khalifah Turki Uthmaniyyah oleh
HAB, bersama keenam tokoh lainnya, yaitu Hafiz Abdul Hamid, Ahmad al-Khusairi,
Fuad Ibrahim, Abdurrahman Hasbullah, Ismail Izz dan Zaki al-Maghribi. Ikhwanul
Muslimin pada saat itu dipimpin oleh Hassan al-Banna. Pada tahun 1930, Anggaran
Dasar Ikhwanul Muslimin dibuat dan disahkan pada Rapat Umum Ikhwanul Muslimin
pada 24 Sep 1930. Pada tahun 1932,
struktur administrasi Ikhwanul Muslimin disusun dan pada tahun itu pula,
Ikhwanul Muslimin membuka cabang di Suez, Abu
Soweir dan al-Mahmoudiya.
Pada tahun 1933, Ikhwanul Muslimin menerbitkan majalah mingguan yang dipimpin
oleh Muhibuddin Khatib.
Pemikiran IM
adalah berlandaskan syariat Islam serta amal berterusan iaitu : -
1. Baiki diri –
10 muwasafat
- aqidah sejahtera
- ibadah sahih
- akhlak mantap
- mampu bekerja
- berpengetahuan luas
- tubuh yang cergas
- sangat menjaga waktunya
- mujahadah li nafs
- teratur urusannya
- bermanfaat kepada orang lain
- aqidah sejahtera
- ibadah sahih
- akhlak mantap
- mampu bekerja
- berpengetahuan luas
- tubuh yang cergas
- sangat menjaga waktunya
- mujahadah li nafs
- teratur urusannya
- bermanfaat kepada orang lain
2. Baitul Muslim
– didik keluarga dgn cara Islam & hormat fikrah Islam
- Dahulukan hak & Tanggungjawab
- Dahulukan hak & Tanggungjawab
3. Bimbing
Masyarakat -kembang aspek dan budaya Islam dlm msykt
- Amar Makruf Nahi Munkar
- Amar Makruf Nahi Munkar
4. Kerajaan
Islam
5. Bebas tanah
air daripada kuasa asing
6. Satukan
negara-negara Islam
7.Panji Islam
kembali berkibar – satu suara, perpaduan ummah
MOTTO IM
-Allahu Ghayatuna
-Ar-Rasul Qudwatuna
-Al-Quran dusturuna
-Al-jihadu sabiluna
-Al-mautu fisabilillah asma’ amanina
Ruang lingkup
dakwah IM
-Dakwah Salafiah
-Tariqah Sunniah
-Hakikah Sufiyah
-Hai’ah Siyasiah
-Jamaah Riyadiah
-Rabitah Ilmiah Thaqafiyah
-Syirkah Iqtisodiyah
-Fikrah ijtimaiah
-Dakwah Salafiah
-Tariqah Sunniah
-Hakikah Sufiyah
-Hai’ah Siyasiah
-Jamaah Riyadiah
-Rabitah Ilmiah Thaqafiyah
-Syirkah Iqtisodiyah
-Fikrah ijtimaiah
yang melingkipu
seluruh aspek….
Entahlah yer... ada gak terbaca berita bahawa Ikhwanul Muslimin juga ada memainkan peranan bagi menjatuhkan Dr Morshi di Mesir... wallahualam
ReplyDelete