Islam adalah agama yang sangat syumul dalam semua hal. Allah menjadikan Islam sebagai agama yang indah kerana itu, Rasulullah SAW sebelum diperintahkan berjihad, telah mentarbiah sahabat dengan kasih sayang Allah, tarbiah dengan kesatuan hati terlebih dahulu daripada pembangunan daulah. Mereka qiam (bangun malam), banyak mengingati Allah sehingga basah air mata mereka. Merekalah ibadurrahman (hamba Ar-Rahman) seperti yang disebutkan dalam Surah Al-Furqan iaitu sifat rabbani yang merupakan sifat-sifat Allah. 

Allah cinta kepada orang-orang yang bersifat rabbani. Tiada nilai senjata yang hebat sekiranya tiada air mata yang mengalir, jiwa yang khusyuk. Orang mukmin sekiranya disebut nama Allah, akan bergetar hati mereka, iman mereka akan bertambah. Tapi bagaimana pula dengan kita? Adakah ita tergolog dalam golongan yang Rabbani? Asal usul dari perkataan Rabb yang bermaksud Tuhan. Namun bukanlah bemaksud untuk kita menjadi Tuhan. Tidak sama sekali.

Bagaimana kita ingin membina kembali generasi Rabbani seperti zaman Rasulullah dahulu? Jika dilihat dari sudut dunia hari ini, kita jauh sekali daripada sifat Rabbani tersebut. Dalam salah satu untuk mencari sifat itu, marilah kita mengembalikan generasi al-Quran yang semakin hilang.

Dalam pencarian generasi al-Quran ini, As-Syahid Syed Qutb telah memberi garis panduan dalam pencarian ini. Terdapat 3 ciri yang perlu dikembalikan kepada manusia untuk mengembalikan generai ini.:

ü  Mengambil hanya al-Quran sebagai sumber
ü  Belajar al-Quran untuk diamalkan
ü  Membersihkan diri dari segala macam komitmen kecuali hanya pada al-Quran

Itulah antara ciri yang perlu ada dalam diri setiap manusia sebagi generasi al-Quran.


Mengambil hanya al-Quran sebagai sumber

Al-Quran merupakan satu buku manual atau guideline yang lengkap dalam mencari jawapan kepada setiap kekeliruan manusia. Al-Quran diturunkan adalah untuk menjadi pedoman dan panduan dalam hidup kita dan apa yang ada pada al-Quran tiada sedikit pun yang meragukan. Allah telah berfirman dalam surah al-Baqarah:

ذَلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ
Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa”
(surah al-Baqarah : 2)

Jadi, amat tepat untuk dijadikan penduan dan pedoman hidup. menurut ijma’ ulama juga, barangsiapa yang bercanggah daripada al-Quran, bermakna imannya telah rosak dan boleh rosak aqidahnya. Namun, malangnya, umat Islam hari ini jauh dari itu. Mereka tidak mengambil al-Quran sebagai sumber bahkan mereka mendahulukan akal mereka dan sumber lain daripada al-Quran.


وَإِذَا قِيلَ لَهُمُ اتَّبِعُوا مَا أَنْزَلَ اللَّهُ قَالُوا بَلْ نَتَّبِعُ مَا أَلْفَيْنَا عَلَيْهِ آبَاءَنَا أَوَلَوْ كَانَ آبَاؤُهُمْ لَا يَعْقِلُونَ شَيْئًا وَلَا يَهْتَدُونَ

“Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Ikutilah apa yang telah diturunkan Allah," mereka menjawab: "(Tidak), tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati dari (perbuatan) nenek moyang kami". "(Apakah mereka akan mengikuti juga), walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apapun, dan tidak mendapat petunjuk?" (surah al-Baqarah :170)

Oleh sebab itulah, ramai yang mengaku Islam, tapi hakikatnya, mereka jauh dari Islam keran mereka tidak menjadikan al-Quran itu sumber mereka. Mereka lebih mengutamakan apa yang biasa dilakukan secara temurun walaupun bertentangan dengan al-Quran. Betulkan yang biasa, biasakan yang betul. Kembalilah kepada al-Quran.


Belajar al-Quran untuk diamalkan

Al-quran adalah untuk diamalkan. Segala yang terkandung dalam al-Quran merupakan satu pensyariatan kepada umat manusia untuk diamalkan. Banyak yang terkandung dalam al-Quran mensyariatkan kita supaya beribadah dan melakukan kewajipan yang sepatutnya. Sebagai contoh, solat, zakat, puasa, berdakwah, menutup aurat, berbuat baik kepada kedua ibu bapa, memilih pemimpin, dan sebagainya. Itu semua merupakan satu guidelines kepada manusia dalam melakukan satu perkara dengan beretika.

Namun, malangnya, al-Quran pada hari ini, tidak lebih hanya sekadar kitab yang berbahasa arab untuk dibaca. Berapa ramai yang betul-betul mengamalakannya dal kehidupan mereka? Tidak kurang juga kepada hafiz al-Quran. Ramai diantara mereka hanya menghafaz semata-mata. Beratus-ratus sekolah tahfiz atau maahad yang melahirkan ribuan tahfiz al-Quran, namun kenapa tidak ramai yang mempunyai akhlak seperti yang dituntut al-Quran? Kerana, mereka hanyalah hafiz al-Quran bukan pengamalnya. Justeru, untuk kembali mencari generasi yang kian hilang ini, al-Quran bukan sahaja untuk dipelajari, bahkan juga untuk diamalkan dalam kehidupan sebagai seorang mukmin.


Membersihkan diri dari segala macam komitmen kecuali hanya pada al-Quran

Komitmen hidup kita hanyalah untuk Maha Pencipta, Allah SWT. Kerana, kita hanyalah sekadar hamba-Nya. Oleh itu, tanyalah diri anda, adakah anda melakukan sesuatu aktiviti harian anda mengikut apa yang al-Quran arahkan. Tugas manusia ini bukanlah mudah, jika kita lalai dari komitmen sebenar, kita sendiri akan merasa bahawa masa tidak akan pernah cukup.

Oleh itu, berilah sepenuh komitmen untuk kita bertugas sebagai hamba dan khalifah menurut al-Quran. Tugas yang dipikul ini berat dan memrlukan komitmen tersebut. Bersama kita mengembalikan generasi al-Quran yang telah lama hilang. Islam memerlukan kita sebagai pejuang dan kita memerlukan Islam untuk segala-galanya...