Alhamdulillah, segala puji bagi
Allah yang memberikan segala nikmat dan kekuatan kepada diri ini.
Ada sesuatu untuk dikongsikan. Sebuah
pengalaman dalam mematangkan kehidupan di dunia fana.
DISCOVERING THE EXCITEMENT OF
QURBAN (DISTEXQ)
Sejak dulu, hati aku sangat
menginginkan untuk memberi khidmat kepada masyarakat. Oleh kerana itulah aku
masuk dalam lapangan Sains Politik supaya aku dapat belajar bagaimana teori
dalam memberi khidmat kepada masyarakat secara dekat melalui pentadbiran.
Aku bukan seorang yang ingin
berjawatan atau aktif dalam mana-mana persatuan. Tapi cukuplah ada platform
untuk aku belajar dan dapat menyumbangkan khidmat bakti kepada masyarakat. Bila
melihat sebahagian sahabat aktif memberi khidmat mereka untuk berdakwah dan
membangunkan orang asli, aku tertarik dan ingin mencuba. Daripada situlah aku
bersama-sama mengikuti program COMRADE.
Program kali ni bersempena raya
Korban. Misi untuk memahamkan orang-orang asli ini tentang ibadah korban dan
merasai pengalaman merayakan hari besar tersebut bersama-sama orang asli di KG
Susu, Cameron Highland. Sebenarnya, perkampungan orang Asli di KG Susu ni dah
moden selepas mereka berpindah 2 tahun lepas dari kampung lama.
Apa yang aku ingin kongsikan
adalah pengajaran dan pengalaman daripada misi kami ini. Aku cukup terharu
sebenarnya dapat bersama-sama sahabat-sahabat yang hebat dalam kerja dakwah dan
sukarela. Mereka tidak pernah gentar untuk menerima cabaran. Cukup positif dan
sanggup berkorban masa, tenaga, wang ringgit untuk berkhidmat kepada
masyarakat.
Apa yang dapat aku belajar
daripada mereka adalah kerjasama antara kami. Walaupun antara kami baru kenal
sehari, tapi boleh dikatakan bonding dan ukhuwah yang dijalinkan sangat rapat. Kami
dapat bekerja dalam kumpulan masing-masing dan boleh lihat setiap orang
menjalankan tugas mereka dengan penuh komited. #FunctionTerok semuanya. Bukan
tu je, yang lebih terharu, tidak pernah mengeluh untuk sama-sama siapkan kerja
team lain. #power Sebab itu aku suka sangat bekerja dengan mereka. Tak kisah
mereka daripada jawatan apa pun, tetap duduk sama-sama masak, kemas barang,
potong daging, dan lain-lain. Sampai ada yang sanggup tidur luar, yang tak
tidur pun ada.
Orang Kampung pulak sangat meriah
menyambut kami anak-anak uia. Bila slot
ziarah ke rumah keluarga angkat, mereka layan je perangai anak-anak uia ni. Ada
yang bagi durian, rambutan, ada yang masak untuk kami, bercerita tentang kisah
mereka. Semuanya menarik. Mereka cukup sporting dan supportive. Amek angkat aku
dan anak-anaknya pun sama. Sebelum balik ke uia pun, sanggup lagi masakkan
untuk kami.
Walaupun kehidupan mereka tak
cukup mewah seperti kita, hubungan mereka antara ahli keluarga, jiran-jiran
cukup rapat. Yang muda pun boleh duduk main bersama dengan yang tua-tua. Sesama
adik beradik mereka pun rapat.
Terima kasih kepada
sahabat-sahabat atas memori yang cukup bermakna. Sungguh hatiku tertinggal
disana. Semoga diberi kesempatan dan kekuatan lagi untuk bersama.
#WeObserve #WeExperience
#WeLendAHand
padu!
ReplyDeletemashaAllah tok khatib komen kat blog ana.. terharu ana..
Deletebagusnya program macam ni!
ReplyDeleteemmmm pengalaman yang menarik dan bermanfaat alhamdulillah :D
ReplyDeletefollow sini #331
follow back and happy blogging :D