Bismillahirahmanirrahim,,
Salam semua pembaca sekalian. senyum sokmo deh..
Untuk entri kali ni, saya tak rasa untuk menulis secara formal seperti sebelum-sebelum ni. Saya cuba untuk jadikannya sebagai satu penulisan yang santai untuk kita semua.
Seperti tajuk yang saya keutarakan diatas, adakah hilang kemachoan lelaki jika golongan seperti ini mempunyai hobi untuk membaca novel? Adakah ia salah? Mungkin ini terlalu subjektif, ada yang setuju, dan mungkin ada yang kurang setuju. Namun bagi saya, rasanya tidak salah untuk lelaki memilih dan berdamping dengan novel. Itu pendapat saya.
Saya sendiri juga suka membaca novel. Adakah ia pelik? Rasanya tidak. Tapi, ada persoalan yang akan keluar dari sesetengah mereka yang berbunyi "Aik, laki pun baca novel ke??" begitulah keadaannya. Jadi, kadang-kadang, saya terfikir, adakah novel tu hanya diterbitkan untuk perempuan sahaja? Rasanya semua boleh membacanya tanpa diskriminasi gender.
Cuma mungkin sesetengah kita tersalah tafsir. Apabila disebut tentang novel, maka perkara jiwang, cintan-cintun, cerita romantik, dan sedih yang terkeluar dalam kotak fikiran mereka. Namun, jarang antara kita yang tahu bahawa novel juga boleh menjadi satu pembacaan motivasi dan tarbiah untuk kita.
Novel yang seperti itulah yang saya baca. Mungkin kadang-kadang ada cerita cintanya, namun, cinta itu tersandar pada perkara yang betul. Sebenarnya, novel-novel begini lebih banyak memberi impak motivasi kepada kita. Antara novel-novel yang saya baca ialah Anthem (Hlovate), Versus (Hlovate), Contengan Jalanan (Hlovate), Cinta High Class dan Cintaku kerana Agamamu (Dr Farhan Hadi & Fatimah Syarha), Denyut Kasih Medik (Dr Farhan Hadi), Aa+Bb (Hlovate), Tuhan lebih Saintifik (Dr Farhan Hadi) dan banyak lagi.
Namun, dalam list diatas, kebanyakannya hasil karya Hlovate. Ya, saya suka karya beliau. Santai, bertarbiah, bermotivasi, dan penuh kata-kata hikmah. Apa yang dibawa dalam cerita-cerita beliau, banyak mesej-mesej menarik sebagai seorang remaja, dan juga sebagai seorang hamba kepada Tuhan. Begitu juga karya pasangan suami isteri Dr Farhan Hadi & Ustazah Fatimah Syarha, banyak menekankan aspek percintaan yang sepatutnya dalam Islam.
Justeru, bagi saya, tidak ada salahnya untuk seorang lelaki membaca dan menjadikan novel sebagai hobi. Dan, kita juga patut menukar persepsi terhadap novel, novel itu bukan untuk mat atau minah jiwang. Novel itu juga untuk remaja yang ingin ditarbiah dan untuk berubah.
takde salahnya abg iwan..just for seeking knowledge..right???
ReplyDeletekan,,,, huhu,, pasni kita guna baucer buku utk beli novel ye pak cik ikhwan... :D
ReplyDeletesetuju tu. tak salah lelaki baca novel, and ikut jugak genre novelnya. cinta high class best and berciri islamik :D
ReplyDeleteMembaca novel apapun tak kisah. Tapi perlu dipastikan novel yang membawa manfaat.
ReplyDeletemembaca novel tidak mengira usia, jantina dan latarbelakang pendidikan.. jadi tidaklah menjadi satu kesalahan jika lelaki membaca novel..
ReplyDeletetak salah pun nak baca novel . mcm novel karya Hlovate tu banyak bg pengajaran kat kita . novel Hlovate memg best :D
ReplyDeleteHa'ah takde salahnye punn . Sesetengah orang , asal sebut novel je , cinta , jiwang , perempuan . Banyak kann jenis novel , novel islamik , fiksyen dsb . Btw novel novel Ustazah Fatimah Syarha dan Dr Farhan Hadi memang best :')
ReplyDeleteecah dah habis baca yg cinta high class.. bnyak nilai boleh ambi dari novel tu =)
ReplyDeleteSesiapa sahaja boleh baca novel sebab novel ni sedikit sebanyak ada juga memberi manfaat. Sebuah novel tu tidak boleh dihasilkan kalau tidak memberi pengajaran untuk pembaca... :)
ReplyDeleteOh, saya minat penulisan ustazah fatimah syarha! :D
tidak salah dan tidak pelik kalau lelaki baca novel. =)
ReplyDeleteAku start bca novel time tu form 5..kakak aku bgi novel andai itu tkdirnya..kiranya kena paksa la..kna skor karangan spm..huhuh time tu aku bca bosan tahap awal smpai nguap2..aku selak tengah jalan crita mcm syok..sbb tu aleya kna hentak kt dinding..dprda situ aku cuba menghayati novel smpai skrng still bca novel genre cmni..tpi bkn slalu klu xleh tido layan novel komfem tido pnya
Deleteramai dah jumpa lelaki suka baca novel. seriously its a weirdo. and ee jenis tak suka baca novel. but more to comic. emm.
ReplyDeleteSiapalah yang melabelkan lelaki yang suka membaca novel dengan pelbagai gelaran. Mereka yang suka mengata seperti itu, seharusnya perlu recheck semula hati.
ReplyDeleteBukankah membaca itu menambahkan ilmu? Even dalam novel sekalipun, pasti ada ilmu yang bisa kita ambil ibrah. In sha Allah.
Kecuali novel yang memang tak ada manfaat.
Xsalah bca novel ni..sbb novel ni aku bole skor spm BM A+ serius..hahah
ReplyDelete