Ahmad Ammar, satu nama indah yang
bermaksud memakmurkan. Satu nama yang tidak dikenali oleh dunia disaat beliau
ada didunia ini. Namun, setelah pemergian mengadap Penciptanya, nama ini telah
menjadi sebutan dan telah membuka minda-minda usang untuk bangkit.
Aku juga tidak pernah kenal siapa
itu Ahmad Ammar. Sehinggalah coretan tentang peribadi beliau yang dilukiskan
dalam buku Cerita Cinta Ahmad Ammar itu kubaca. Sungguh, nama ini telah pun
membuka hati aku. Aku kagum. Seorang anak muda yang telah mewakafkan dirinya
kepada ummat. Cukup mengagumkan apabila membaca kisah peribadi beliau yang
dikumpulkan oleh keluarga dan sahabat-sahabat yang menjadikan pemergian beliau
itu satu pemergian yang tidak sia-sia.
Jika Sultan Muhammed al-Fateh berjaya
membuka Kota Konstantinople pada usia 21 tahun, maka Ahmad Ammar telahpun
berjaya membuka hati-hati anak muda yang kosong untuk kembali berjuang. Beliau
tidak membuka hati-hati ini dengan ceramah atau kuliah yang membersihkan
minda-minda kami, tapi cukup dengan keperibadian beliau yang menjadi motivasi
untuk kami.
Sungguh, ceritanya telah mengajar
kami banyak erti kehidupan sebenar. Namun, apa yang lebih mengagumkan, tarbiah
yang mengalir dalam diri Ahmad Ammar ini cukup mantap. Ayahandanya telahpun
berjaya membentuk seorang insan yang cukup hebat. Bukan sahaja, Ahmad Ammar,
tapi Tuan Hj Ahmad Azam Berjaya menjadi nakhoda yang baik untuk ahli
keluarganya sehingga mereka semua merupakan penggerak dakwah untuk umat.
Tarbiah
menyiapkan kejayaan
Aku teringat kisah yang terukir
disebalik kisah kejayaan pembukaan Kota Konstantinople. Setelah 800 tahun,
Rasulullah bersabda bahawa akan ada seorang putera yang membuka kota tersebut,
itulah sebaik-baik putera, dan tentera itulah sebaik-baik tentera. (riwayat
Ahmad)
Berpegang pada hadis tersebut, Sultan
Murad II mempersiapkan anakandanya Sultan Muhammad al-Fateh dengan secukupnya
untuk menjadi sebaik-baik putera. Betapa kuatnya tarbiah yang diberikan kepada
putera itu sehingga kejayaan tersebut terhasil. Disaat itulah kerajaan
Uthmaniyyah mencapai kegemilangan.
Aku melihat kisah ini hampir sama
dengan kisah perjuangan Ahmad Ammar yang dipersiapkan oleh ayahandanya Ahmad
Azam. Dipersiapkan bukan untuk kesenangan dunia, tapi untuk ummat.
Kedua-dua kisah ini mempunyai
signifikan yang tersendiri. Bumi al-Fateh itulah yang menjadi saksi kehebatan
kedua-dua perjuangan ini. Ahmad Ammar ini sungguh istimewa sehingga dipilih
oleh Allah menjadi jiran kepada sahabat nabi, Abu Ayyub al-Ansari. Inilah insan
pertama yang dimakamkan di pemakaman Eyyub Sultan yang menempatkan makam
sahabat-sahabat dan pejuang-pejuang kerajaan Uthmaniyyah..
Ahmad Ammar begitu istimewa. Inilah
motivasi yang paling terkesan bagi aku untuk lebih gigih dalam menuntut ilmu
Allah dan merungkai sejarah tamadun Islam yang cukup hebat.
hbs dh bace.....:DD terbaek!!
ReplyDelete