Kita
sering mendengar pelbagai perumpamaan yang menunjukkan betapa tingginya nilai
ilmu. Tidak dinafikan bahawa ilmu itu memang satu perkara yang menjadi
keutamaan dalam kehidupan. Tanpa ilmu, tiada apa yang kita peroleh. Ilmu itu
disifatkan seperti cahaya. Cahaya yang bakal menerangi segenap ruang dalam
kehidupan kita sebagai musafir yang berjalan mencari sesuatu. Jika banyak
cahaya yang kita ada, maka makin teranglah masa depan kita. Sebalinya, jika
kita hanya ada sedikit sahaja cahaya tersebut, maka samarlah masa depan. Itulah
satu hipotesis yang menunjukkan kepentingan ilmu ini.
Didalam
al-Quran juga Allah sering meninggikan sifat ilmu ini. Ia terkandung melalui
wahyu Allah yang pertama yang menyebut tentang iqra’ (baca). Ia menjadi
wahyu yang pertama diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW. Dari
situlah menunjukkan betapa pentingnya ilmu. Allah tidak mengarahkan Nabi
Muhammad untuk terus pergi kepada kaumnya atau tidak pula Allah menyuruh
Muhammad untuk membuka sebuah negara dengan serta merta. Sebaliknya Allah
memerintahkan supaya membaca, iaitu cari ilmu.
Dengan
ilmulah kita akan dapat segala apa yang kita mahukan. Tanpa ilmu, mana mungkin
seorang mekanik mampu membaiki kereta, seorang doktor mampu merawat pesakit,
seorang jurutera mampu membina bangunan-bangunan, dan sebagainya.
Menuntut
ilmu merupakan satu tuntutan kepada seluruh manusia. Dalam satu hadis ada menyebut
:
Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w.
bersabda: "Menuntut ilmu adalah
satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam." (HR
Ibnu Majah)
Jangan
mengeluh dalam menuntut ilmu
Menuntut
ilmu itu memerlukan kesabaran yang tinggi. Imam Syafie sering mengingatkan kita
supaya terus tekun dalam menuntut ilmu. Salah satu petikan kata-katanya ialah: “Jika
kamu tidak tahan penatnya belajar, maka kamu akan tanggung peritnya kebodohan”.
Hari
ini ramai pelajar tidak kira disekolah, kolej mahupun di universiti sering
mengeluh dalam menuntut ilmu. Tidak dinafikan bahawa apa yang dipelajari setiap
hari pastinya mencabar dan kadangkala sukar untuk difahami. Namun, jangan
sesekali mengeluh tentang kesukaran tersebut. Hal ini kerana semua ilmu yang
kita pelajari itu adalh milik Allah SWT. Seeloknya mohon lah kepada pemilik
ilmu tersebut agar dipermudahkan urusan dalam menuntut ilmu.
Ikhlaskan
hati untuk menerima ilmu
Keikhlasan
adalah komponen yang utama dalam melakukan apa sahaja pekerjaan apatah lagi
dalam beribadat kepada Allah. Menuntut ilmu adalah satu ibadah dan ia menjadi
perkara yang fardhu kepada setiap muslim. Niat itu penting dalam melakukan perkara
tersebut. Justeru, niatkanlah bahawa kita menuntut ilmu ini adalah kerana Allah
SWT bukan hanya untuk peperiksaan semata-mata.
Keikhlasan
itulah yang akan memandu kita untuk terus berada dijalan yang benar. Apabila
kita ikhlas dalam menuntut ilmu, maka walaupun apa jua halangan yang kita
hadapi, pasti akan dipermudahkan untuk kita menempuhnya. Dalam menuntut ilmu,
betapa sukar pun apa yang kita pelajari, kita akan cuba fahami dan cuba fokus
kerana niat kita adalah untuk mendapatkan ilmu tersebut kerana Allah SWT.
Allah
naikkan darjat orang berilmu
Ilmu
itu merupakan satu hadiah yang amat berharga buat manusia. Orang yang berilmu
sering dipandang tinggi oleh masyarakat. Walhal ilmu yang dimiliki oleh kita
itu adalah sedikit sahaja jika dibandingkan dengan semua ilmu. Hanya Allah yang
memiliki segala ilmu dan hanya Dia lah yang patut di puji kerana setiap ilmu
yang dimiliki adalah milik-Nya.
Banyak
dalil dari al-Quran dan hadis Nabi menerangkan tentang darjat orang yang
berilmu. Antaranya seperti yang dinyatakan dalam ayat berikut:
يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ ءَامَنُواْ
مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُواْ الْعِلْمَ دَرَجَـتٍ
وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ
Maksudnya: “Allah meninggikan orang-orang yang beriman di
antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan
Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan”(surah al-Mujadilah,58: 11)
Allah
menaikkan darjat orang yang berilmu dengan beberapa darjat. Jadi lihatlah
betapa kasihnya Allah kepada makhluk-Nya yang berilmu. Justeru, ilmu itu
merupakan satu perkara yang menjadi keutamaan kepada manusia dalam mencari
redha Allah.
Mudah-mudahan
dengan niat ikhlas kita menuntut ilmu itu akan membawa kita lebih dekat dengan
pemilik ilmu tersebut iaitu Allah SWT. Ilmu itu sebenarnya satu jalan menuju
redha Allah. Setiap puji hanya lah kepada-Nya yang meminjamkan ilmu-ilmu
tersebut kepada kita. Semoga kita semua dipermudahkan dalam menuntut ilmu. J
Wallahua’lam...
Yang penting, ikhlas dalam menuntut ilmu, sebab siapa pun guru kita, itu dah dikira macam mak bapa kita juga. Selepas ikhlas, inshaAllah, everything will come naturally. :)
ReplyDeletetotally agree :)
ReplyDeleteAlhamdulillah. Terima kasih di atas perkongsian ini. Baru tadi tercari-cari macam mana nak nasihatkan adik-adik untuk "kurangkan mengeluh" ketika buat kerja rumah.
ReplyDeleteNice info ;)
ReplyDeleteterima kasih atas nasihat dan teguran :) Akan ingat bnda ni. hehe :)
ReplyDeleteterima kasih sbb ingatkn... =D
ReplyDeletebnyk dugaan dlm menuntut ilmu ne... semoga Allah permudahkan...
Allahu.
ReplyDeleteMoga Tuan, saya dan semua, diberi kelembutan hati dan keikhlasan untuk menuntut ilmu.
Memang, menuntut ilmu itu payah, susah. tapi itulah ujian yang perlu kita hadapi, yang perlu kita perjuang habis-habisan dengan penuh mujahadah.
Kerana selepas rasa pahit itu, pasti ada manisnya.
In sha Allah. :)
ilmu pelita hidup..nk dunia n nk akhirat, dua2 perlu ilmu;)
ReplyDeletethanks share! sgt bermanfaat utk saya, maklumla kdg kdg subject tough sampai rasa nak give up di tgh jalan :)
ReplyDeleteproses menimba ilmu berlaku sumur hidup:)
ReplyDeleteSangatlah benar. Hanya insan yang tidak ikhlas dan memandang keduniaan semata yang sering mengeluh ketika menuntut ilmu.
ReplyDeletemenimba ilma perlu berterusan...
ReplyDeletemohon ambil idea.....saya gunakan untuk tujuan pengajaran
ReplyDelete