Aidiladha di UIAM |
أكْبَرُ ﭐللهُ أكْبَرُ ﭐللهُ أكْبَرُ ﭐللهُ أكْبَرُ ﭐللهُ
أكْبَرُ ﭐللهُ وَ , ﻵ ﺇلٰهَ ﺇلاَّ ﭐللهُ
أكْبَرُ ﭐللهُ وَ , ﻵ ﺇلٰهَ ﺇلاَّ ﭐللهُ
ﭐلْحَمْدُ وَللهِ أكْبَرُ ﭐللهُ
Allah maha besar (3X)
Tiada Tuhan selain Allah, Allah maha besar
Allah maha besar dan segala puji bagi Allah
Salam
AidilAdha untuk semua. Alhamdulillah syukur kerana masih lagi berkesempatan
untuk menyambut Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban kali ini.. Tahun
depan? Wallahua’lam...
Raya kali
ni rasanya lain dari tahun sebelum-sebelumnya. Ini kali pertama saya menyambut
Raya Korban tanpa keluarga disisi. Selama 20 tahun menyambut raya di Terengganu
bersama keluarga, kali ini terpaksa berhari raya di UIA bersama kawan-kawan.
suasana program korban di UIA (sebanyak 60 ekor lembu dikorbankan) |
Namun,
raya kali ini perasaannya lain. Biasanya Aidiladha ini dikaitkan dengan pengorbanan.
Pada saat inilah umat Islam menumpukan kepada ibadah Haji di Mekah dan juga
Ibadah Korban dalam memperingati peristiwan besar pengorbanan antara Nabi
Ibrahim dan Nabi Ismail.
Ibrah AidilAdha bukan sekadar pengorbanan
Aidiladha
bukan sekadar pengorbanan. Pengajaran dari dua ibadah besar yang berlaku pada
waktu itu terlalu banyak. Salah satunya ialah perpaduan antara ummah. Saya
terkesan pada pengajaran ini untuk raya kali ini. Suasana raya di UIA
sebenarnya lebih meriah dari dikampung. Disini saya melihat bagaimana perpaduan
ummah itu direalisasikan dalam satu suasana yang mungkin tidak dapat kita lihat
di kampung sendiri.
UIA
merupakan salah satu universiti yang menempatkan pelajar-pelajar dari luar
negara termasuk Mesir, Iraq, Palestin, Sudan, Turki, Jordan, China, Myammar,
Indonesia, dan sebagainya. Boleh dikatakan terdapat pelajar-pelajar Islam dari
seluruh pelusuk dunia ada disini. Jadi, kami dapat merasai bagaimana Islam itu
tersebar ke seluruh dunia.
Namun,
raya kali ini merupakan satu suasana baru bagi saya. Selesai solat sunat
Aidiladha, saya melihat mereka ini saling bersalaman, berpelukan sambil
berbalas ucapan ‘Eid Mubarak’. Ada yang bergambar beramai-ramai. Apa yang
cantiknya, mereka tidak mengira warna kulit dan latar belakang. Yang ada
hanyalah mereka sebagai saudara seIslam.
Jika kita
fikir kembali, inilah yang sepatutnya dan perlu kita teruskan. Begitulah juga
pengajaran kepada ibadah haji yang dilakukan. Kita lihat bagaimana umat Islam
dari seluruh dunia berkumpul di Mekah dengan pakaian yang sama warna tanpa
mengira latar belakang dan warna kulit.
suasana lepas khutbah |
Sungguh
raya kali ini mungkin menambahkan satu lagi pengalaman bermakna dalam hidup.
Walaupun khutbah yang disampaikan dalam bahasa Arab, keseluruhannya saya tidak
berapa faham, tapi khatib ada menyebut apa yang berlaku di Palestin terutamanya
tentang Masjid al-Aqsa yang diserang oleh Zionis laknatullah. Masjid al-Aqsa
merupakan salah satu tempat yang mulia, juga merupakan kiblat pertama umat
Islam. Namun tempat suci itu terus diserang, umat Islam pula terus leka. Oleh
sebab itulah perlunya perpaduan yang utuh dalam kalangan umat Islam hari ini.
Semoga
kita semua terus menghayati ibrah AidilAdha ini. Yang menjalani ibadah korban
semoga Allah menerima segala ibadah kita. Selamat Menyambut Hari Raya
AidilAdha. .
selepas selesai Solat Sunat Aidiladha bersama
kawan-kawan.
Hanya sekerat sahaja melayu yang tinggal, yang lain semua pelajar luar. Macam kami pulak yang jadi foreigner. |
amboiii tuan belog... sakan upload gambooooo.. :DDD
ReplyDeletesukahati beta lar.. haha.. ini wilayah beta..
DeleteMacam ada Blogger Ikhwan di situ :P
DeleteThis comment has been removed by the author.
Deleteehhhh.. silap org ni..hihhihi :P
Deleteselamat hari raya aidiladha syarizwan.. tgk juga gambar kawan zizie beraya di UIA.. meriah korang ye..
ReplyDeleteselamat hari raya... :D memang meriah.. tapi tetap rindu family jugak haha..
DeleteSelamat Hari Raya Aidiladha :)
ReplyDeleteselamat hari raya... :)
DeleteSalam Aidiladha sahabat... nampak juga gambar bersama sahabat blogger kita Ikhwan tu kan hihii.. Semoga Allah sentiasa memberkati kehidupan kita semua... aamiin.. :)
ReplyDeletesaya raya dengan dia lar kat sini.. BFF tu... kalau tak raya sorang je lar... hahaha..
DeleteBFF ke??? =..='
DeleteWah meriahnya... In shaa Allah, tahun depan semoga masih sempat merasai kemeriahan sebegini lagi :)
ReplyDeleteaminnn.. insyaAllah..
DeleteSalam aidiladha.. Meriah sambutan aidiladha walau jauh di perantauan.. Kak aiza pula pagi aidiladha kena bersiap ke tempat kerja..
ReplyDeleteMasyaAllah...i miss UIA so much! garden of knowledge & virtue :')
ReplyDelete