Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat. Harap korang sihat lah. Musim sekarang ni dah macam penyakit muncul, dengan cuaca di Terengganu yang dikhabarkan semakin sejuk. Harap-harap family kat sana sihat semuanya. Penyakit dalaman pun macam-macam ada. Ada berita mengenai jenayah yang semakin hari semakin tinggi statistiknya, tidak kurang dengan itu, berita tentang histeria yang berlaku di beberapa buah sekolah juga turut mendapat perhatian. Semoga Allah merahmati dan melindungi kita semua dari segala bala bencana ini.

Kira-kira dua minggu dah aku start sem baru di CFS IIUM ni. Sem baru selepas berjaya tukar kos dari Physical Science ke Human Science. Banyak perkara baru yang aku belajar dalam kos Human Science ni. Sangat menarik. Menarik sebab semua yang aku balajar ni, aku minat. Tapi ada sedikit rindu jugak pada subjek science, terutamanya chemistry. 

Sem ni aku ambil 5 subjek yang semua nya aku minat. Introduction to Islamic Reveal Knowledge, Basic Psychology,  Basic Sosiology and Anthropology, Contemporary Issues in Muslim's World, dan Understanding Islam. Semua memerlukan aku untuk lebih banyak membaca. Tapi yang paling menarik adalah subjek Contemporary Issues in Muslim's World. 

Subjek adalah berkaitan dengan situasi umat Islam zaman sekarang diseluruh dunia. Banyak membincangkan tentang aspek ekonomi, politik, dan permasalahan umat Islam zaman sekarang di seluruk pelusuk dunia. Dari sini lah aku belajar dan tahu bahawa terdapat 57 negara yang ad di dunia ini, adalah negara Islam dan mereka semua termasuk dalam satu pertubuhan yang dipanggil OIC ( Organization of Islamic Cooperation).

Dalam kelas ini juga, aku belajar sedikit sebanyak tentang sejarah kegemilangan dan kejatuhan Khilafah Islam pada zaman Osmanli Daulah atau lebih biasa didengari sebagai zaman Khilafah Turki Uthmaniyah. Berasa semangat mendengar kuliah ketika membincangkan kegemilangan dan keutuhan semangat jihad yang ada pada pahlawan Islam ketika itu, terutamanya ketika mereka berjaya merampas Kota Konstantinople (sekarang dikenali sebagi Istanbul) dari tangan Byzantin yang diketuai oleh Sultan Mehmet ii atau dikenali sebagai Sultan Muhammad al-Fateh.

Kira-kira 633 tahun (1289-1922) empayar Osmanli Daulah berkuasa. namun, akibat beberapa faktor, sistem khilafah jatuh pada 1922. Tapi, apa yang mendukacitakan, mereka jatuh dari kegemilangan kerana sikap umat Islam yang semakin hari semakin jauh dari Islam. Korupsi , kecintaan pada harta dunia, dan sikap sekular yang dibawa masuk dalam pemerintahan menyebabkan Islam jatuh. sehingga hari ini, Islam terus merudum di saat kita semakin leka dengan dunia.

Banyak lagi perkara yang aku belajar. Oleh sebab itu, betapa pentingnya ilmu untuk kita bangkit kembali. Semangat jihad yang begitu tinggi dalam kalangan umat Islam dahulu menjadikan mereka teguh, kuat dan barsatu kerana Islam. Apa yang berlaku itu mungkin menjadi iktibar bagi kita untuk bangkit kembali, InsyaAllah. Semoga Allah melindungi dan memberikan kita kekuatan iman yang teguh untuk terus menyebarkan ilmu..

InsyaAllah apa jua ilmu yang kita dapat, kita kongsikan bersama...