Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang masih memberi kita
peluang dan ruang untuk menggunakan segala pinjaman-Nya. Umat Islam hari ini
dicabar hebat dalam pelbagai aspek kehidupan yang telah menjadian umat hari ini
semakin lemah dan lemah. Apa yang berlaku di negara-negara yang ditindas
menunjukkan bahawa perlunya untuk kita kembali bangkit melawan cabaran ini.
Bukan sahaja di negara seperti Palestin, Syria, Mesir, Rohingya, bahkan umat
Islam di Malaysia juga turut sama dicabar. Namun cabaran itu dari aspek lain
yang mungkin saya boleh katakan lebih besar cabarannya iaitu cabaran akidah.
Setelah menonton video kontroversi Benz Ali yang menerangkan
mengenai teologi kiri- landasan membela kaum mustad’afin, saya merasakan ada
sesuatu perkara yang amat besar impaknya kepada umat Islam hari ini. Apa yang
menariknya, saudara Benz Ali banyak mempersoalkan mengenai tugas agama yang
didakwa beliau telah mati. Entri ini bukanlah untuk mengatakan bahawa beliau
sesat atau apa, tetapi mugkin ada beberapa perkara yang perlu dijelaskan dengan
lebih terang kerana terdapat perkara yang disebut oleh beliau menimbulkan satu
bentuk perbezaan pendapat yang jelas diajar oleh Islam dan mungkin boleh mengelirukan umat Islam.
Saya hanyalah ingin mengajak pembaca untuk membuka minda
kita dengan lebih terang supaya apa yang difahamkan kita mengenai Islam itu
lebih jelas. Dan perlunya kita umat Islam hari ini untuk memperkukuhkan akidah
kita disaat keruntuhan moraliti yang terlalu hebat dalam kalangan muda hari
ini.
Dalam penerangan oleh saudara Benz Ali itu, beliau ada
mengatakan bahawa “agama akan bankrap, agama akan muflis apabila agama sudah
tidak mampu memberikan apa – apa nilai guna, memberikan apakah faedah – faedah
kepada penganutnya, selain membius penganutnya dengan dosa, dengan pahala,
ancaman dari neraka dan balasan dari syurga, seperti agama tidak berguna untuk
kehidupan di bumi.”
Beliau juga ada mempertikaikan Ahli Sunnah Wal Jamaah
dengan mengatakan bahawa ASWJ adalah satu teologi usang yang tidak mendorong
kerja kreatif, tapi selalu menunggu kehadiaran tuhan dalam setiap kali manusia
menghadapi persoalan. Beliau juga ada menyatakan bahawa masing-masing agama
adalah sama kerana masing-masing menyatakan bahawa mereka adalah kebenaran. Dan
beliau juga mengatakan bahawa hanya Allah yang pegang kepada kebenaran itu, jadi
beliau mempersoalkan adakah ASWJ itu kebenaran dan bagaimana untuk
membuktikannya.
Apa yang boleh menarik lagi yang dikupas beliau, adalah
beliau mengatakan bahawa tugas agama adalah untuk membebaskan golongan
tertindas, jika golongan ini tidak terbela, apa lagi guna agama?
Baik, sebenarnnya banyak lagi perkara yang dikupas oleh
beliau dan kenyataan beliau yang saya fikir bahawa mungkin beliau masih lagi
keliru dengan agama terutamanya Islam.
Bagi saya, ini membuktikan bahawa akidah umat Islam hari ini
diancam dengan ideologi yang bersifat keduniaan semata-mata. Oleh sebab itu,
betapa perlunya kita memperkemaskan akidah kita disaat keruntuhan moraliti yang
begitu besar dalam kalangan pemuda pemudi hari ini.
Islam itu indah, mudah, dan lengkap. Permasalahan yang
dibawa oleh Benz Ali bukanlah menunjukkan bahawa agama itu sudah mati atau
muflis seperti didakwa oleh beliau, tetapi, manusia yang yang bermasalah untuk
tidak menggunakan guideline atau suruhan Allah dalam menyelesaikan masalah
tersebut. Namun, tugas agama bukanlah sekadar membebaskan golongan tertindas
semata-mata. Islam merangkumi dunia dan akhirat yang mana, teori dan praktikal
itu perlu. Kerana itulah dalam Islam, Allah mementingkan semua perkara dari
segi ekonomi, politik, cara hidup dan sebagainya.
Bukan bermakna jika masalah manusia tidak selesai, maka
tidak perlu kita mengikut agama. Salah sama sekali jika mengatakan bahawa agama
itu musflis atau bankrap apabila tidak dapat menyelesaikan permasalahan
penindasan ataupun keruntuhan moraliti atau akhlak.
Pentingnya wasathiyah (kesederhanaan atau pertengahan)
·
Al-Ghuluw
·
Al-Inhilal
Al-ghuluw bermaksud melebihkan atau menyusahkan
perkara ibadat sehingga membawa kepada kesulitan. Islam adalah agama yang
fleksibel dan mudah. Islam bukanlah mementingkan ibadat semata-mata. Rasulullah
SAW juga pernah bersabda yang bermaksud:
“janganlah sekali-kali kamu memayahkan agama,
sesungguhnya orang-orang sebelum kamu telah binasa kerana memayah-mayahkan
urusan dalam agama mereka.”
Satu perkara lagi yang membawa kesan adalah al-Inhilal
yang membawa maksud kebebasan yang melampaui batas sehingga tidak terikat
dengan arahan agama, larangannya, dan mengabaikan segala perintah dan larangan
yang ditetapkan oleh Allah.
Oleh sebab itu, betapa pentingnya kesederhaan. Islam tidak
melarang untuk manusia mencari harta dunia selagi mereka tidak melanggar
syariat yang ditetapkan, dan selagi tidak melupakan akhirat.
Disini saya bukanlah membawa pembaca untuk membidas apa yang
dikatakan oleh Benz Ali, namun saya ingin mengajak saudara-saudari untuk
menilai dan bermuhasabah semula tentang diri kita. Adakah akidah kita telah
kukuh dan kemas? Jika belum, kita sama-sama kemaskan dengan nasihat dan ilmu
agama yang betul.
Berpegang teguh kepada al-Quran dan As-Sunnah
Persoalan tentang siapa yang paling benar antara agama yang
turut dibincangkan oleh saudara Benz Ali mengingatkan saya tentang satu hadis
ketika khutbah terakhir yang disampaikan oleh baginda Rasulullah SAW.
تَرَكْتُ فِيْكُمْ
اَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوْا مَا اِنْ تَمَسَكْتُمْ بِهِمَا كِتَابَ اللهِ
وَسُنَّتِى
“aku tinggalkan kamu dua perkara, selagi mana kamu
berpegang teguh kepada kedua-duanya, kamu tidak akan sesat iaitu kitab Allah
dan Sunnah-Sunnahku”
Tentang siapa yang benar, inilah yang benar. Golongan yang
mengikuti al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.
Memang benar Allah adalah pemegang hak kebenaran yang tepat, namun
Rasulullah telah pun memberi guideline tersebut, jadi siapa yang betul-betul
berpegang dengan kedua-duanya, mereka tidak akan sesat.
Apa yang perlu kita faham adalah, agama itu datang bukan
menyelesaikan masalah umat dengan sekelip mata. Kerana itulah perlunya kita
untuk mengikut apa yang diarahkan Allah SWT.
Firman Allah SWT dalam surah al-Rad:
....إِنَّ اللَّهَ لا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا
بِأَنْفُسِهِمْ
“aku tidak akan mengubah nasib suatu kaum, melainkan
mereka sendiri mengubah apa yang ada pada mereka.” (surah al-Rad :11)
Kesimpulannya, masih banyak lagi yang harus kita lakukan
untuk diri kita dan umat Islam. Banyak lagi perlu diperkukuhkan dalam hati,
minda, lisan, dan anggota kita. Sama-samalah kita mendoakan Allah menguatkan
iman kita disaat dunia berada dipenghujungnya, dan supaya golongan yang
tertindas itu menerima hak-hak mereka. Sama-samalah kita hayati khutbah
terakhir yang disampaikan oleh Rasulullah yang penuh nasihat untuk kita umat
akhir zaman.
perkongsian yg menarik....:D
ReplyDeletebenz ali ? first time ni tahu
ReplyDeleteamal singgah sini.. amal follow sini
moga blog ni dilimpahkan rezekii.. aamiiin
aminn.. terima kasih atas doa.. semoga sama2 kita dilimpahkan rezeki..
Delete