Intelek Jalanan adalah laman blog yang diwujudkan sebagai ruangan pemikiran yang lahir daripada pemerhatian terhadap masyarakat, politik, sejarah dan dunia semasa.

Di sini, penulisan bukan sekadar untuk dibaca, tetapi untuk difikirkan. Setiap isu akan dilihat bukan hanya pada permukaan, tetapi juga pada apa yang tersembunyi di sebalik naratif dan persepsi masyarakat.

Semua pandangan yang dikongsikan merupakan pandangan peribadi penulis, dan ruang perbincangan sentiasa terbuka kepada sesiapa yang mahu berdiskusi secara matang, kritikal dan berilmu.




Mengenai Penulis:


Mohd Syarizwan bin Mat Jenon merupakan seorang graduan Sains Politik dan Ilmu Wahyu Islam dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang kini berkhidmat dalam bidang kewangan Islam di sebuah institusi kewangan di Pantai Timur. Dengan latar belakang yang merangkumi pengalaman dalam Sains Politik dan Ilmu Wahyu, penulisan kreatif, serta penglibatan komuniti, beliau aktif menghasilkan kandungan yang menyentuh isu kenegaraan, nilai Islam dan kemanusiaan.  
Minat mendalam beliau terhadap hubungan antarabangsa dan naratif Islam kontemporari mendorongnya berkarya melalui artikel, cerpen dan penulisan dasar. Berpegang pada prinsip “tulis untuk membina”, beliau percaya bahawa ilmu, kejujuran dan cerita yang baik mampu mengubah masyarakat.

Antara penglibatan beliau adalah:
  • Yang Di-Pertua Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (PERMATA) Kebangsaan
  • Ketua Exco Media - Sekretariat Sains Politik UIAM
  • Ahli Jawatankuasa Kelab Pembangunan Sukarelawan Orang Asli (COMRADE)
Beliau juga banyak terlibat dengan aktiviti-aktiviti pembangunan komuniti dan sukarelawan.
Beliau boleh dihubungi melalui emel syarizwan94@gmail.com untuk sebarang cadangan, pandangan dan pertanyaan.