Showing posts with label santai. Show all posts
Showing posts with label santai. Show all posts

Thursday, 24 September 2015



Aidiladha di UIAM


أكْبَرُ ﭐللهُ أكْبَرُ ﭐللهُ أكْبَرُ ﭐللهُ أكْبَرُ ﭐللهُ

أكْبَرُ ﭐللهُ وَ , ﻵ ﺇلٰهَ ﺇلاَّ ﭐللهُ

ﭐلْحَمْدُ وَللهِ أكْبَرُ ﭐللهُ

Allah maha besar (3X)


Tiada Tuhan selain Allah, Allah maha besar

Allah maha besar dan segala puji bagi Allah


Salam AidilAdha untuk semua. Alhamdulillah syukur kerana masih lagi berkesempatan untuk menyambut Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban kali ini.. Tahun depan? Wallahua’lam...

Raya kali ni rasanya lain dari tahun sebelum-sebelumnya. Ini kali pertama saya menyambut Raya Korban tanpa keluarga disisi. Selama 20 tahun menyambut raya di Terengganu bersama keluarga, kali ini terpaksa berhari raya di UIA bersama kawan-kawan.

suasana program korban di UIA
(sebanyak 60 ekor lembu dikorbankan)
Namun, raya kali ini perasaannya lain. Biasanya Aidiladha ini dikaitkan dengan pengorbanan. Pada saat inilah umat Islam menumpukan kepada ibadah Haji di Mekah dan juga Ibadah Korban dalam memperingati peristiwan besar pengorbanan antara Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.


Ibrah AidilAdha bukan sekadar pengorbanan
Aidiladha bukan sekadar pengorbanan. Pengajaran dari dua ibadah besar yang berlaku pada waktu itu terlalu banyak. Salah satunya ialah perpaduan antara ummah. Saya terkesan pada pengajaran ini untuk raya kali ini. Suasana raya di UIA sebenarnya lebih meriah dari dikampung. Disini saya melihat bagaimana perpaduan ummah itu direalisasikan dalam satu suasana yang mungkin tidak dapat kita lihat di kampung sendiri.

UIA merupakan salah satu universiti yang menempatkan pelajar-pelajar dari luar negara termasuk Mesir, Iraq, Palestin, Sudan, Turki, Jordan, China, Myammar, Indonesia, dan sebagainya. Boleh dikatakan terdapat pelajar-pelajar Islam dari seluruh pelusuk dunia ada disini. Jadi, kami dapat merasai bagaimana Islam itu tersebar ke seluruh dunia.

Namun, raya kali ini merupakan satu suasana baru bagi saya. Selesai solat sunat Aidiladha, saya melihat mereka ini saling bersalaman, berpelukan sambil berbalas ucapan ‘Eid Mubarak’. Ada yang bergambar beramai-ramai. Apa yang cantiknya, mereka tidak mengira warna kulit dan latar belakang. Yang ada hanyalah mereka sebagai saudara seIslam.

Jika kita fikir kembali, inilah yang sepatutnya dan perlu kita teruskan. Begitulah juga pengajaran kepada ibadah haji yang dilakukan. Kita lihat bagaimana umat Islam dari seluruh dunia berkumpul di Mekah dengan pakaian yang sama warna tanpa mengira latar belakang dan warna kulit.

suasana lepas khutbah
Sungguh raya kali ini mungkin menambahkan satu lagi pengalaman bermakna dalam hidup. Walaupun khutbah yang disampaikan dalam bahasa Arab, keseluruhannya saya tidak berapa faham, tapi khatib ada menyebut apa yang berlaku di Palestin terutamanya tentang Masjid al-Aqsa yang diserang oleh Zionis laknatullah. Masjid al-Aqsa merupakan salah satu tempat yang mulia, juga merupakan kiblat pertama umat Islam. Namun tempat suci itu terus diserang, umat Islam pula terus leka. Oleh sebab itulah perlunya perpaduan yang utuh dalam kalangan umat Islam hari ini.
  
Semoga kita semua terus menghayati ibrah AidilAdha ini. Yang menjalani ibadah korban semoga Allah menerima segala ibadah kita. Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha. .






selepas selesai Solat Sunat Aidiladha bersama kawan-kawan. 
Hanya sekerat sahaja melayu yang tinggal, yang lain semua pelajar luar.
Macam kami pulak yang jadi foreigner.



Posted on Thursday, September 24, 2015 by Mohd Syarizwan

16 comments

Monday, 16 June 2014

Assalamualaikum sahabat sekalian alam,,

Alhamdulillah, hari ni, hari pertama aku untuk sem baru. Terasa masa makin laju. Sem ni lain dari sem-sem sebelumnya. Roomates pun baru. Rindu kat semua roomates aku yang dulu ( Ikhwan, Cang, Amin, Bak, Kimi, Khair, Azrul, Ridhwan, Hadi, EG,Adib dan kawan-kawan yang lain). Aku harap semuanya sihat.


Sebelum aku cerita pasal sem baru ni, aku nak kongsikan rasa syukur aku ni. Alhamdulillah result sem lepas aku berjaya dapat Dean's List. Aku rasa gembira sangat sebab tak sia-sia aku tukar kos dulu. Memang jiwa aku ada chemistry dengan kos ni. Aku nak berterima kasih kat kawan-kawan, roomates aku yang selalu bagi support dan kata semangat dulu. Walaupun ada rasa sedikit terkilan sebab tak dapat 4 flat, tapi rezeki yang Allah bagi kali ni dah cukup mengembirakan.Alhamdulillah..


Untuk sem baru ni, aku ada 5 subjek lagi untuk dihabiskan. Tapi apa yang menarik, lecturer aku kali ni semua best. Aku akan belajar Basic Political Science, Basic History, Basic Commuication, Basic Research and Report Writing Method, dan Basic Creative and Critical Thinking.


Aku berharap kawan-kawan doakan aku berjaya dan capai target aku untuk sem ni. InsyaAllah. Sem ni agak mencabar jugak. Tapi insyaAllah semunya akan ok. May Allah ease everything..

Posted on Monday, June 16, 2014 by Mohd Syarizwan

4 comments

Tuesday, 1 April 2014

Bismillahirahmanirrahim,,
Salam semua pembaca sekalian. senyum sokmo deh..
Untuk entri kali ni, saya tak rasa untuk menulis secara formal seperti sebelum-sebelum ni. Saya cuba untuk jadikannya sebagai satu penulisan yang santai untuk kita semua.

Seperti tajuk yang saya keutarakan diatas, adakah hilang kemachoan lelaki jika golongan seperti ini mempunyai hobi untuk membaca novel? Adakah ia salah? Mungkin ini terlalu subjektif, ada yang setuju, dan mungkin ada yang kurang setuju. Namun bagi saya, rasanya tidak salah untuk lelaki memilih dan berdamping dengan novel. Itu pendapat saya.

Saya sendiri juga suka membaca novel. Adakah ia pelik? Rasanya tidak. Tapi, ada persoalan yang akan keluar dari sesetengah mereka yang berbunyi "Aik, laki pun baca novel ke??" begitulah keadaannya. Jadi, kadang-kadang, saya terfikir, adakah novel tu hanya diterbitkan untuk perempuan sahaja? Rasanya semua boleh membacanya tanpa diskriminasi gender.

Cuma mungkin sesetengah kita tersalah tafsir. Apabila disebut tentang novel, maka perkara jiwang, cintan-cintun, cerita romantik, dan sedih yang terkeluar dalam kotak fikiran mereka. Namun, jarang antara kita yang tahu bahawa novel juga boleh menjadi satu pembacaan motivasi dan tarbiah untuk kita.

Novel yang seperti itulah yang saya baca. Mungkin kadang-kadang ada cerita cintanya, namun, cinta itu tersandar pada perkara yang betul. Sebenarnya, novel-novel begini lebih banyak memberi impak motivasi kepada kita. Antara novel-novel yang saya baca ialah Anthem (Hlovate), Versus (Hlovate), Contengan Jalanan (Hlovate), Cinta High Class dan Cintaku kerana Agamamu (Dr Farhan Hadi & Fatimah Syarha), Denyut Kasih Medik (Dr Farhan Hadi), Aa+Bb (Hlovate), Tuhan lebih Saintifik (Dr Farhan Hadi) dan banyak lagi.

Namun, dalam list diatas, kebanyakannya hasil karya Hlovate. Ya, saya suka karya beliau. Santai, bertarbiah, bermotivasi, dan penuh kata-kata hikmah. Apa yang dibawa dalam cerita-cerita beliau, banyak mesej-mesej menarik sebagai seorang remaja, dan juga sebagai seorang hamba kepada Tuhan. Begitu juga karya pasangan suami isteri Dr Farhan Hadi & Ustazah Fatimah Syarha, banyak menekankan aspek percintaan yang sepatutnya dalam Islam.

Justeru, bagi saya, tidak ada salahnya untuk seorang lelaki membaca dan menjadikan novel sebagai hobi. Dan, kita juga patut menukar persepsi terhadap novel, novel itu bukan untuk mat atau minah jiwang. Novel itu juga untuk remaja yang ingin ditarbiah dan untuk berubah.

Posted on Tuesday, April 01, 2014 by Mohd Syarizwan

14 comments

Saturday, 25 January 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat. Harap korang sihat lah. Musim sekarang ni dah macam penyakit muncul, dengan cuaca di Terengganu yang dikhabarkan semakin sejuk. Harap-harap family kat sana sihat semuanya. Penyakit dalaman pun macam-macam ada. Ada berita mengenai jenayah yang semakin hari semakin tinggi statistiknya, tidak kurang dengan itu, berita tentang histeria yang berlaku di beberapa buah sekolah juga turut mendapat perhatian. Semoga Allah merahmati dan melindungi kita semua dari segala bala bencana ini.

Kira-kira dua minggu dah aku start sem baru di CFS IIUM ni. Sem baru selepas berjaya tukar kos dari Physical Science ke Human Science. Banyak perkara baru yang aku belajar dalam kos Human Science ni. Sangat menarik. Menarik sebab semua yang aku balajar ni, aku minat. Tapi ada sedikit rindu jugak pada subjek science, terutamanya chemistry. 

Sem ni aku ambil 5 subjek yang semua nya aku minat. Introduction to Islamic Reveal Knowledge, Basic Psychology,  Basic Sosiology and Anthropology, Contemporary Issues in Muslim's World, dan Understanding Islam. Semua memerlukan aku untuk lebih banyak membaca. Tapi yang paling menarik adalah subjek Contemporary Issues in Muslim's World. 

Subjek adalah berkaitan dengan situasi umat Islam zaman sekarang diseluruh dunia. Banyak membincangkan tentang aspek ekonomi, politik, dan permasalahan umat Islam zaman sekarang di seluruk pelusuk dunia. Dari sini lah aku belajar dan tahu bahawa terdapat 57 negara yang ad di dunia ini, adalah negara Islam dan mereka semua termasuk dalam satu pertubuhan yang dipanggil OIC ( Organization of Islamic Cooperation).

Dalam kelas ini juga, aku belajar sedikit sebanyak tentang sejarah kegemilangan dan kejatuhan Khilafah Islam pada zaman Osmanli Daulah atau lebih biasa didengari sebagai zaman Khilafah Turki Uthmaniyah. Berasa semangat mendengar kuliah ketika membincangkan kegemilangan dan keutuhan semangat jihad yang ada pada pahlawan Islam ketika itu, terutamanya ketika mereka berjaya merampas Kota Konstantinople (sekarang dikenali sebagi Istanbul) dari tangan Byzantin yang diketuai oleh Sultan Mehmet ii atau dikenali sebagai Sultan Muhammad al-Fateh.

Kira-kira 633 tahun (1289-1922) empayar Osmanli Daulah berkuasa. namun, akibat beberapa faktor, sistem khilafah jatuh pada 1922. Tapi, apa yang mendukacitakan, mereka jatuh dari kegemilangan kerana sikap umat Islam yang semakin hari semakin jauh dari Islam. Korupsi , kecintaan pada harta dunia, dan sikap sekular yang dibawa masuk dalam pemerintahan menyebabkan Islam jatuh. sehingga hari ini, Islam terus merudum di saat kita semakin leka dengan dunia.

Banyak lagi perkara yang aku belajar. Oleh sebab itu, betapa pentingnya ilmu untuk kita bangkit kembali. Semangat jihad yang begitu tinggi dalam kalangan umat Islam dahulu menjadikan mereka teguh, kuat dan barsatu kerana Islam. Apa yang berlaku itu mungkin menjadi iktibar bagi kita untuk bangkit kembali, InsyaAllah. Semoga Allah melindungi dan memberikan kita kekuatan iman yang teguh untuk terus menyebarkan ilmu..

InsyaAllah apa jua ilmu yang kita dapat, kita kongsikan bersama...

Posted on Saturday, January 25, 2014 by Mohd Syarizwan

7 comments