Oleh: Mohd
Syarizwan
Mungkin
ramai yang mengikuti apa yang berlaku pada dunia Islam hari ini. Keadaan di
negara-negara bergolak semakin serius dan menghadapi tekanan yang agak kuat
dari pihak-pihak tertentu. Keamanan mereka dirobek dan kehidupan mereka tidak
lagi aman seperti mana biasa. Itulah yang berlaku di Syria, Iraq dan juga
Palestin. Konflik yang tidak berkesudahan itu seolah-olah semakin meruncing
dengan timbulnya banyak persoalan baru.
Konflik di Syria dan Iraq
Dunia
telah digemparkan dengan pengumuman pembentukan negara Islam Khalifah yang
dibuat oleh satu pihak yang mendakwa bertanggungjawab atas segala hal umat
Islam didunia ini. Pengumuman yang dibuat oleh Abu Bakr al-Baghdadi yang
menggelar dirinya sebagai Khalifah Ibrahim itu telah mengundang pelbagai reaksi
dari banyak pihak termasuk ulama-ulama sunni yang ada menyokong dan ada juga
yang membangkang serta mempertikaikan tindakan penubuhan itu.
Sejak
pengumuman itulah, dunia hari ini semakin tahu mengenai penubuhan kumpulan
Negara Islam Iraq dan Syams (ISIS) atau (ISIL) dan sedar akan kewujudannya.
Namun banyak pertikaian dan persoalan timbul mengenai penubuhan kumpulan
tersebut. Penubuhan kumpulan tersebut adalah bertujuan mengembalikan sistem
khalifah dalam majoriti sunni di negara Iraq dan juga sekitarnya, termasuk
Syria. Jika dilihat pada tujuan asal kumpulan tersebut, kita akan percaya dan
mungkin bersetuju dengan penubuhan dan tujuan tersebut.
Konflik
di Iraq dan Syria ini sebenarnya mempunyai persamaan apabila dilihat kepada
sejarah kejatuhan Empayar Soviet Union oleh mujahidin Afghanistan pada 1991.
Mujahidin Afghanistan seolah-olah diperalatkan dan diperkuda barat hanya untuk
kepentingan mereka. Setelah kepentingan tersebut diperoleh, perjuangan mereka
seolah-olah sia-sia ibarat habis madu sepah dibuang. Itulah yang berlaku
sehingga mujahidin ini diiktiraf sebagai kumpulan militan dan ‘terrorist’
hingga hari ini walaupun pada awalnya, AS merupakan pendukung besar dibelakang
kumpulan tersebut.
Berbalik
kepada apa yang berlaku pada kumpulam ISIS, banyak pihak mempersoalkan siapakah
yang menjadi pendukung dibelakang kumpulan ISIS atau ISIL ini. Trak-trak
tentera baru yang direka khas dan bantuan persenjataan buatan AS ini
menimbulkan persoalan kepada kita dari mana datangnya dana yang besar tersebut
sehingga mereka berjaya menawan daerah kedua terbesar di Iraq iaitu Mosul.
Jika
dilihat dari satu sisi yang berbeza, mungkin itu satu kejayaan. Namun cara
mereka berjihad juga dipertikaikan. Reaksi sama juga turut dikeluarkan oleh
Kesatuan Ulama Dunia, Syeikh Dr Yusof al-Qaradawi yang tidak mengiktiraf
Kumpulan ISIS ini mewakili ahl Sunnah wa al-Jamaah. Begitu juga pendapat yang
dinyatakan oleh ulama salafi dan Mufti Jihad lain seperti Adnan al-Aroor dan
Abu Basir al-Tartusi yang mengatakan mereka tidak mewakili Sunni tetapi mereka
lebih kearah Khawarij. Ini kerana konflik yang berlaku bukan sahaja antara ISIS
dan regim al-Assad, tetapi juga antara ISIS dan kumpulan jihad Islami yang lain
seperti Jabhah al-Nusra.
Tambahan
lagi, menurut penyaksian daripada al-Hammam al-Suri (bekas tentera al-Qaeda dan
ketua sayap Jabhah al-Nusra) kumpulan ISIS juga menyerang mereka kerana mereka
tidak mahu berbaiah kepada ISIS sehingga kumpulan jihad yang lain juga digelar
murtad oleh ISIS dan perlu diperangi menurut ISIS. Begitu juga tindakan mereka
yang membunuh kejam tawanan perang yang tersebar. Islam tidak pernah mengajar
tindakan sedemikian walaupun terhadap tawanan perang.
Justeru,
konflik yang berlaku sebenarnya memberi kesan kepada dunia Islam lain. Ini
melihatkan tiada penyatuan dalam Islam sehingga mereka saling berbunuhan
menjadikan mereka serampang dua mata dengan mempunyai dua musuh pada masa yang
sama. Begitu juga kita melihat bahawa ramai anak muda yang ingin menjihadkan
diri termasuk di Malaysia, namun diperdaya oleh kumpulan yang tidak benar
jihadnya kerana terlalu banyak kumpulan yang ditubuhkan dan masing-masing
mempunyai matlamat yang sama tetapi cara-caranya lain-lain.
Mengapa
kita tidak mengambil pengajaran dari kisah perang Afghanistan dan Soviet tersebut?
Kesannya bukan hanya melibatkan mereka, tetapi Islam keseluruhannya. Itulah
yang berlaku selepas peristiwa 9/11 yang menyebabkan umat Islam keseluruhannya
menjadi mangsa kepada “War of Terror” dan menjadi alasan untuk AS menceroboh
Iraq demi memonopoli kepentingan mereka.
Tidak
mustahil sekali lagi kita akan diperkuda barat jika kita terus mengulangi
sejarah yang sama. Kita tidak mahu matlamat kita tercapai tetapi pada akhirnya
kita diambil kesempatan sehingga impak besar menimpa kita. Konflik ini mugkin
juga tidak akan berakhir jika terus bermusuh sesama sendiri. Andai kata kuasa
pemerintahan Syiah dijatuhkan di Iraq dan Syria, apa yang berlaku pada
kumpulan-kumpulan ini? Mungkin sahaja perang sesama sendiri pula berlaku untuk
merebut kuasa. Akhirnya, barat juga yang berjaya mengambil kesempatan.
Begitu
juga di negara kita sendiri, jika antara kita terus bermusuh dan berbalah hanya
kerana perbezaan politik, tidak mustahil kita juga turut menerima nasib yang
sama. Noah Feldman dalam bukunya ada menegaskan bahawa negara Islam moden boleh
memberikan keadilan politik dan undang-undang untuk muslim melalui
syariah,tetapi institusi itu harus mempunyai satu kuasa seimbang dalam
perlembagaan tanpa korupsi (lihat Noah Feldman, The Rise and The Fall of Islamic
state, 2012, New Jersey)
Pada
hakikatnya, memang kita memerlukan sistem khalifah untuk mentadbir
negara-negara Islam ini seperti mana zaman kegemilangan Islam dahulu. Kita juga
sering melihat kepada pembentukan negara Islam pertama yang diasaskan oleh Nabi
Muhammad sebagai satu contoh terbaik. Namun, sayangnya, kita hanya melihat pada
fasa madinah tersebut tidak pada fasa Makkah sebelum pembentukan negara Islam
tersebut.
Berbalik
kepada sirah dahulu, fasa Makkah yang saya maksudkan adalah pentarbiahan jiwa
dan rohani umat Islam yang mengambil masa 23 tahun lamanya. Jika diikutkan
secara logiknya, Rasulullah boleh menerima tawaran dari Abu Jahal yang
menawarkan kepada baginda kuasa, wanita dan harta sebagai syarat untuk berhenti
berdakwah. Mungkin sahaja baginda menjadi pemimpin dan lebih mudah untuk
mempengaruhi kaum arab pada masa itu untuk menyembah Allah.
Namun,
apa yang berlaku, baginda menolak tawaran tersebut kerana membina negara Islam
bukanlah suatu yang mudah tanpa pentarbiahan dan pemahaman kepada mereka.
Baginda dan sahabat memperkukuhkan tarbiah dan tauhid kepada Allah dengan
sepenuhya dalam masa yang agak lama sebelum fasa pembukaan Madinah.
Begitulah
juga dalam konteks untuk mewujudkan satu perundangan Islam yang sistematik,
ianya bukanlah semudah membina istana pasir. Ia memerlukan suatu pemahaman yang
jelas dan praktikal yang cukup. Sebagai contoh, perlaksanaan hudud itu perlu
diberikan satu pemahaman yang jelas kepada rakyat sebelum pelaksanaan. Agak
sukar dilakasanakan dalam konteks rakyat Islam sendiri belum memahami perkara
tersebut. Itualah salah satu fungsi kepimpinan negara.
Begitu
juga untuk membina sistem khalifah. Saya suka untuk mengambil contoh dari
sejarah pembukaan kota Konstantinople oleh Sultan Muhammad al-Fateh. Baginda
mempersiapkan tenteranya dan diriya dengan pentarbiahan yang agak kemas dari
segi fizikal dan spritualnya. Walhal, generasi sebelum baginda termasuk
ayahanda baginda Sultan Abdul Murad telah pun mencuba untuk menawan kota
tersebut tetapi gagal. Hanya dengan berbekal hadis nabi yang menyatakan bahawa
hanya sebaik-baik tentera dan sebaik-baik pemimpin akan membuka kota tersebut.
Pengajaran
dari kisah sejarah tersebut jelas menunjukkan perancangan rapi dan pentarbiahan
jiwa dan rohani itu penting dalam membentuk kejayaan. Jihad bukanlah suatu
perkara yang ringan. Kerana itu berjihad itu juga memerlukan jiwa bukan sahaja
fizikal seperti mana difirmankan oleh Allah : “ Wahai orang-orang yang beriman,
hendakkah kamu aku tunjukkan satu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari
azab yang pedih? Iaitu kamu beriman terhadap Allah dan RasulNya serta
berjihadlah di jalan Allah dengan harta dan jiwa kamu. Itulah yang terbaik
bagimu jika engkau mengetahui.” (surah as-Saff : 10-11)
Justeru,
marilah kita sama-sama mempersiapkan diri kita dengan secukupnya. Fahami
sebetul-betulnya apa yang disampaikan oleh Rasulullah. Pembinaan daulah dan
khalifah Islamiah itu bermula dari Fardhu muslim yakni diri kita sendiri.

PERKONGSIAN DAN PENERANGAN YG BAIK...pnng sngt weh pasal ISIS ni.. =='
ReplyDeleteitu lah yang menyebabkan ramai lagi yg bergaduh sbb ada yg sokong n ada yg bangkang.. kita kena faham betul-betul sebenarnya isu ni.. bukan sbb x sokong jihad..
ReplyDelete