Kebelakangan
ini ada saja isu yang timbul melibatkan masyarakat kita yang bertindak tanpa
memikirkan kesan yang berlaku terhadap dirinya dan juga pihak sekeliling. Isu-isu
ini timbul akibat perbuatan mereka yang dirakam dan kemudiannya menjadi viral
dan disebarkan melalui media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, blog-blog,
aplikasi Whatsapp, dan sebagainya.
Ada juga
yang sengaja merakamkan untuk melawak tetapi akhirnya menjadi viral kerana apa
yang dilakukannya pendapat perhatian ramai pihak akibat perbuatan mereka yang
dianggap sebagai menghina, lawak, terhibur, dan sebagainya.
Baru-baru
ini muncul satu video yang menjadi kontroversi apabila video yang berdurasi 1
minit 56 saat itu menyiarkan seorang perempuan yang bernama Aisyah bercakap
mengenai hudud. Video itu menjadi viral kerana ia dianggap menghina dan
mempertikaikan pelaksanaan hukum tersebut di Kelantan. Kemudian minggu ini
muncul pula beberapa versi video yang menunjukkan pergaduhan beberapa remaja
perempuan dengan seorang lelaki yang merupakan pemandu teksi. Ia dipercayai
akibat satu pelanggaran antara kereta milik mereka. Namun apa yang dikesalkan
adalah tindakan remaja-remaja perempuan terbabit yang mengamuk dan bertindak
ganas serta mengelurakan kata-kata kesat.
Ia menarik
perhatian rakyat Malaysia yang menyebarkan video tersebut dan mencemuh sikap
remaja-remaja perempuan terbabit yang dianggap biadap. Rata-rata pengguna
sosial media menyatakan kekesalan mereka akibat tindakan tersebut.
Ambil
pengajaran
Jika sebelum
ini, video tentang seorang perempuan yang bernama Kiki yang mengamuk
menggunakan ‘sterring lock’ juga mendapat perhatian akibat tindakan
ganasnya. Namun, ia telah menjadi satu pengajaran kepada semua dan beliau sendiri
telahpun meminta maaf atas tindakan beliau.
Namun yang menjadi
kekesalan saya, tidakkah rakyat Malaysia mengambil pengajaran dari peristiwa
lepas? Tindakan sebegitu sepatutnya sudah tidak timbul. Kita sepatutnya
mengambil pengajaran dari apa yang teah berlaku sebelum ini. Rakyat Malaysia
sekarang ini memang sensitif terhadap perkara-perkara sebegini, jika timbul
sahaja perkara begini, maka ia akan menjadi viral. Kita juga yang menanggung
malu nanti.
Dimana
adab kita?
Saya juga
turut kesal apabila melihat isu-isu sebegini timbul. Seolah-olah adab kita
sebagai melayu telah hilang kesopanan dan kesusilaan. Walaupun kita perlu faham
keadaan merea yang mengalami tekanan atau sebagainya, namun tidak perlu lah
mengeluarkan kata-kata kesat atau memaki hamun.
Bukan sahaja
mereka yang terlibat, begitu juga dengan rakyat Malaysia yang lain. Apabila
video-video tersebut menjadi viral, maka akan ramai yang memberi komen. Tidak kurang
juga mereka yang sama-sama mengeluarkan kata-kata kesat dalam memberi komen dan
menuduh dengan bermacam-macam gelaran.
Ke mana
adab kita sebenarnya? Sebagai orang Islam, maka ia amatlah mendukacitakan
kerana Islam itu agama yang indah dan aman. Kita yang sepatutnya menunjukkan
keindahan Islam itu supaya dapat dikagumi oleh bangsa lain. Namun kini, bukan
sahaja nama agama, nama keluarga, nama institusi pengajian juga turut tercemar
akibat daripada perbuatan kita.
Hormat-menghormati
dalam masyarakat
Sikap
saling menghormati antara kita juga dilihat semakin hilang. Ada sahaja
kontroversi yang menyentuh sensititviti pihak lain dan ia boleh menyinggung
pihak tersebut. Kehidupan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan
agama seperti di negara kita amat memerlukan masyarakat kita untuk saling menghormati
antara satu sama lain. Jika tidak, ia boleh mengakibatkan pelbagai masalah dan
perbalahan yang akhirnya merugikan kita semua. Justeru, sama-samalah kita
menjaga adab dab tatasusila kita dalam kehidupan seharian dan janganlah terlalu cepat menghukum sesiapa sebelum mendapat penjelasan dari semua pihak...
wallahua'lam....
Betul tu :-)
ReplyDeletenk cepat popular, buat la benda2 bodoh... biasa la tuh..
ReplyDelete