Langkah
Tangani Ancaman Kumpulan IS
Pelbagai
langkah perlu dalam menangani ancaman keselamatan global kerana ia menjadi topik hangat di media termasuk
sosial media. Isu yang dibincangkan banyak mengisarkan berkenaan dengan
kumpulan militan IS yang dilihat semakin mengganas dengan beberapa ugutan dan
pembunuhan tebusan secara kejam yang dipercayai dilakukan oleh mereka.
Ini
mengundang persepsi negatif dan ketakutan terhadap isu keselamatan. Malaysia
juga tidak terkecuali dalam ancaman tersebut. Ini berikutan daripada beberapa
penahanan yang dibuat oleh Unit Anti-Pengganas PDRM terhadap beberapa individu
rakyat Malaysia yang dipercayai terlibat dengan kumpulan pengganas tersebut.
Ada antara mereka menjadi ‘suicide bombers’ atau pengebom berani mati
bagi kumpulan terebut dalam melancarkan serangan.
Meracuni pemikiran anak muda sertai IS
Laporan
media juga menyebut bahawa dari Oktober hingga Disember tahun lalu, lebih 50
orang rakyat Malaysia terbabit dengan kumpulan tersebut. Ini membuktikan bahawa
fahaman mereka telahpun memasuki negara kita dan cuba meracuni rakyat Malaysia
terutamanya anak muda termasuk golongan bawah umur antara 14-18 tahun untuk
menyertai mereka atas nama jihad.
Ini
menimbulkan kebimbangan terhadap isu keselamatan negara kita. Kumpulan
Pengganas IS ini dlihat lebih bahaya daripada kumpulan-kumpulan pelampau agama
yang pernah dilaporkan di Malaysia sebelum ini. Ini dibuktikan apabila mereka
semakin mengganas dengan beberapa ugutan dan pembunuhan tebusan secara kejam
yang dilakukan oleh mereka. Justeru, kita perlu memandang serius perkara
sebegini kerana ia boleh mengganggu gugat keamanan negara melalui
ideologi-ideologi melampau walaupun atas nama agama, tetapi hakikatnya ia jelas
bertentangan dengan ajaran Islam.
Pada
tahun lalu, Majlis Fatwa Kebangsaan telah menyenarai hitamkan kumpulan tersebut.
Ini bertujuan untuk membendung penglibatan rakyat Malaysia dalam kumpulan ekstremis
IS. Walaupun ianya dilakukan atas nama jihad, umat Islam harus berhati-hati
dengan perkara tersebut kerana ianya perlu difahami secara menyeluruh.
Beberapa
penganalisis politik berpendapat bahawa tindakan mereka yang menyertai kumpulan
terbabit adalah kerana dimanipulasi pihak tertentu. Ini kerana salah satu
faktor yang menyumbang kepada mereka untuk menyertai IS adalah sifat simpati
mereka terhadap saudara Islam diseluruh dunia yang sering ditindas. Mereka
merasakan bahawa tidak ada keadilan terhadap umat Islam didunia dan mereka
ingin membantu dengan cara mereka sendiri, walaubagaimanapun, niat mereka ini
dimanipulasi oleh pihak yang menawarkan
jihad kepada mereka.
Ada
antara mereka yang mempercayai bahawa kumpulan IS ini bertujuan untuk
mengembalikan sistem khalifah bagi negara-negara Islam yang menyebabkan mereka
tertarik dan terlibat dalam kumpulan tersebut. Walaupun secara rasionalnya
ianya adalah alasan yang baik, namun pendekatan dan aktiviti yang dilakukan
oleh mereka jelas bertentangan dengan prinsip dan ajaran Islam terutamanya
menurut Ahli Sunnah wa Al-Jamaah.
Pelbagai
perkara perlu dilakukan oleh semua pihak bagi membendung aktiviti dan ideologi
seperti ini terus merebak dalam kalangan anak muda. Ianya termasuklah mengawal
dan meningkatkan tahap keselamatan siber atau ‘cyber security’. Hal ini
kerana salah satu cara kumpulan IS ini mengrekrut anak muda adalah melalui
laman sosial terutamanya Facebook.
Boleh serang melalui talian
Tidak
dinafikan bahawa mereka boleh menyerang melalui talian dengan menggodam laman
web tertentu untuk mencari maklumat dan mengancam keselamatan negara.
Terrorisma berprofil tinggi seperti ‘hickjacking plane’ boleh berlaku
akibat keselamatan siber yang rendah. Oleh itu, aktiviti siber dalam kalangan
anak muda perlu dipantau secara serius.
Selain
itu, kesedaran tentang bahayanya aktiviti radikalisma perlu diperluas kepada
seluruh rakyat Malaysia melalui media, forum, dan juga khutbah Jumaat. Ini
termasuklah dengan menerangkan apa yang berlaku di negara bergolak seperti
Syria dan Iraq dengan lebih jelas dan tepat, selain meningkatkan kefahaman
tentang manhaj wasatiyyah atau kesederhanaan dalam Islam secara tepat.
Seterusnya,
kefahaman berkenaan jihad dengan lebih mendalam juga perlu dititikberatkan bagi
mengelakkan mereka terjerumus dengan ideologi-ideologi ekstremis yang sentiasa
menular dan memperdayakan umat Islam terutamanya golongan muda tidak kira
lelaki atau perempuan. Baru-baru ini juga seorang remaja perempuan ditahan di
KLIA kerana ingin menyertai kumpulan IS dan difahamkan beliau diperdaya oleh
seorang lelaki yang dipercayai bakal suami remaja terbabit. Ini menunjukkan
bahawa mereka juga memperdaya anak muda di Malaysia dalam cinta.
Tidak
dinafikan bahawa walaupun media sering melaporkan tentang kegiatan kumpulan IS,
ramai lagi rakyat Malaysia yang tidak faham dan keliru berkenaan dengan
kumpulan tersebut. Ada yang menyoalkan tentang kewujudan mereka. Hal ini kerana
mereka tidak mempercayai apa yang dilaporkan media dan menganggap ini hanyalah sekadar
rekaan. Sesetengah masyarakat dunia juga masih lagi mengaitkan kumpulan
tersebut dengan agama Islam walhal ia jauh daripada ajaran Islam yang menitik
bertakan keamanan dan kesejahteraan. Justeru, sebagai umat Islam, kita perlu
menunjukkan kepada dunia bahawa Islam itu adalah agama yang indah dan
sejahtera.
0 comments:
Post a Comment