Kadang-kadang,
saya melihat bahawa sebahagian daripada masyarakat kita mempunyai sati sifat
ego yang tinggi. Sukar menerima pandangan. Tidak kira pangkat atau darjat, dari
golongan atasan, juga golongan bawahan iaitu rakyat. Masing-masing ingin
menunjukkan bahawa merekalah yang mulia dari yang lain. Merekalah yang berhak
memiliki kuasa. Pendapat merekalah yang terbaik.
Inilah satu
sifat yang melanda masyarakat kita hari ini. Bila ditegur, maka akan ada yang
melatah dan naik ingin.
Tidak salah jika
kita mempunyai idea atau pendapat, bahkan digalakkan untuk kita suarakan. Namun
kita tidak berhak memaksa orang lain untuk menerima idea kita sebulat-bulatnya.
Kita juga harus membuka minda dan hati untuk menerima pendapat orang lain.
Namun, apa yang
berlaku dalam masyarakat kita hari ini, masing-masing ingin mempertahankan ego
mereka. Ini berlaku dalam setiap skop kehidupan kita terutamanya dalam minda
politik di Malaysia.
Perkara sebegini
bukan sekadar menyukarkan kita untuk bersatu padu, bahkan ianya memarakkan lagi
api permusuhan yang sedia ada.
Allah SWT
berfirman melalui surah al-Hujurat, ayat 13:
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ
وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ
عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِير
Yang Bermaksud:
“Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan,
dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan suku puak, supaya kamu
saling berkenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang
yang paling bertakwa di antaramu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha
Mendalam Pengetahuan-Nya”.
Kita semuanya
sama, dan yang membezakan antara kita adalah taqwa kepada Allah SWT.
Kita memerlukan
perpaduan dan penyatuan dalam memajukan agama, bangsa dan negara kita. Jika
masing-masing tidak mahu mengetepikan ego dan terus bermusuhan, maka kita akan
terus mundur.
Iktibar dan
pengajaran dari kisah yang dibawa oleh al-Quran sepatutnya menjadi contoh
kepada kita. Antaranya ialah kisah persaudaraan Muhajirin dan Ansar dan juga
kisah penyatuan Kaum Aus dan Khazraj. Kerana perpaduan yang dibawa itulah
mereka berjaya membangunkan sebuah negara Islam bernama Madinah bersama
Rasulullah. Sebaliknya, jika kita saling bermusuhan kerana ingin mempertahankan
ego, masih jauh perjalanan kita dalam menuju kejayaan sebenar.
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ
أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُون
Maksudnya:
“Sesungguhnya orang yang beriman adalah
bersaudara, maka damaikanlah antara kedua-dua saudara kamu, dan bertakwalah
kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat”.
Semoga satu hari
nanti kita semua bersatu atas nama Islam dan masing-masing saling menerima
tanpa mengira perbezaan politik, warna kulit, pangkat, ataupun darjat.
Semoga kita semua sentiasa dijauhkan dari sifat2 ego ini.. aamiin. T kasih atas peringatan & perkongsian ini ye..
ReplyDelete