Alhamdulillah,
bersyukurlah kita kepada Allah yang Maha Kuasa dan Maha Penyayang kerana
hidayah-Nya, kerana nikmat-nikmat-Nya, dan kerana rahmat-Nya kita diberi
kesempatan untuk menjalani kehidupan tanpa diminta membayar untuk setiap
oksigen yang dihirup.
Banyak
perkara yang berlaku dalam Malaysia yang menjadi topik hangat semenjak kebelakangan
ini. Ada cerita yang menjadikan kita bermotivasi, dan ada juga cerita yang agak
kesal untuk kita dengari tentang apa yang berlaku dalam kalangan ummah hari
ini. Rasa terkilan itu muncul apabila saya melihat lebih banyak cerita yang
buruk berbanding cerita baik yang dilaporkan akhbar-akhbar tempatan.
Dalam
post kali ini saya ingin berkongsi pandangan setelah melihat satu cerita yang
menjadi hangat dalam Malaysia hari ini. Saya rasa semua telah sedia maklum
mengenai kejadian yang berlaku antara seorang pengawal keselematan dan isteri
kepada pemain bola sepak Harimau Malaya. Hal ini menjadi timbul setelah video
yang dirakam oleh wanita tersebut tersebar dan telah pun dijadikan satu isu
untuk orang ramai mencari kesalahan bagi kedua-dua pihak. Walaupun secara
peribadinya saya agak terkilan dengan sikap yang ditunjukkan oleh wanita
tersebut yang mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya kepada seorang yang
lebih berusia daripadanya, saya tidak mampu untuk menilainya dengan lebih
mendalam.
Ramai
yang memberi maklum balas dalam menilai isu ini. Ada yang menilainya secara
positif, tidak kurang juga yang memberikan pandangan negatif dalam hal ini. Apa
yang ingin saya sampaikan bukanlah untuk bercerita tentang video tersebut atau
menghukum siapa salah atau siapa betul. Tetapi saya terkesan melihat reaksi balas
yang ditunjukkan oleh segelintir pihak dalam menilai isu ini.
Tahap kematangan dalam memberi komen
Apabila
saya mengikuti kisah ini, saya membaca komen-komen yang ditulis oleh rakyat
Malaysia tentang isu ini yang menjadi topik utama dalam beberapa page di laman
sosial. Bagi saya, komen-komen yang ditulis itu menunjukkan mentaliti kita.
Secara peribadi, masih ramai yang kurang matang kerana membalas dalam bentuk
maki hamun dan kata-kata lucah. Demikian, mereka seolah-olah menunjukkan bahawa
mereka sama dengan apa yang mereka nilaikan.
Tidak
kurang juga ada yang membuat video parodi untuk kes ini. Mungkin niat mereka
hanyalah untuk bergurau atau suka-suka. Tetapi secara tidak sedar, ianya
hanyalah mendatangkan pergaduhan dalam membalas komen. Ada juga pihak yang
menjadikan pihak lain sebagai sasaran untuk dicemuh. Sebagai contoh, pasukan
bola sepak, negeri kelahiran, dan ada juga individu yang langsung tidak
bersalah dikaitkan.
Ahli
akademik juga tidak terlepas dalam memberi pandangan dalam hal ini. Namun,
mereka lebih positif dalam memberi pandangan, ada yang mendoakan kedua-dua
pihak, tidak mencemuh atau memaki siapa yang salah. Bukan saya mengatakan
bahawa rakyat Malaysia tidak pandai dalam memberi pandangan, tetapi, mereka
lebih suka bergurau atau suka-suka dalam memberi pandangan tanpa sedar ada yang
terguris atau terasa menyebabkan pintu pergaduhan mudah untuk dibuka.
Adab
dengan manusia
Bagi
saya, dalam hal ini, itulah pentingnya adab kita sesama manusia. kerana mulut,
kita boleh dibenci manusia. bak kata pepatah " terlajak perahu boleh diundur,
terlajak kata badan binasa". Rasulullah juga sering menasihati Para Sahabat
untuk menjaga kata-kata.
Daripada
Muaz bin Jabal Radhiallahu anhu (dalam sebuah hadith yang panjang)
...Selanjutnya Rasulullah SAW bersabda:
''Sukakah engkau hai Muaz! aku khabarkan tentang asas perkara ini (asas agama Islam) dan tiang-tiangnya serta puncaknya? Lalu Muaz menjawab: ''Baiklah Ya Rasulallah''. Beliau SAW kemudian bersabda: ''Asas perkara ini adalah Islam, dan tiang-tiangnya adalah sembahyang dan puncaknya adalah jihad''. Kemudian Baginda SAW bersabda pula: ''Sukakah aku khabarkan kepada engkau punca bagi yang demikian itu semuanya?''. Aku menjawab: ''Baiklah Ya Rasulallah''. Lalu Beliau SAW memegang lidahnya sambil bersabda: ''Peliharalah ini baik-baik''. Aku bertanya: ''Ya Rasulallah! Apakah kami akan diseksa dari sebab lidah kami?'' Lalu Nabi SAW menjawab: ''Ibu engkau kehilangan engkau, bukankah ramai nantinya orang yang akan disungkurkan (dicampakkan) ke dalam neraka adalah berpunca dari mulut mereka sendiri''.
''Sukakah engkau hai Muaz! aku khabarkan tentang asas perkara ini (asas agama Islam) dan tiang-tiangnya serta puncaknya? Lalu Muaz menjawab: ''Baiklah Ya Rasulallah''. Beliau SAW kemudian bersabda: ''Asas perkara ini adalah Islam, dan tiang-tiangnya adalah sembahyang dan puncaknya adalah jihad''. Kemudian Baginda SAW bersabda pula: ''Sukakah aku khabarkan kepada engkau punca bagi yang demikian itu semuanya?''. Aku menjawab: ''Baiklah Ya Rasulallah''. Lalu Beliau SAW memegang lidahnya sambil bersabda: ''Peliharalah ini baik-baik''. Aku bertanya: ''Ya Rasulallah! Apakah kami akan diseksa dari sebab lidah kami?'' Lalu Nabi SAW menjawab: ''Ibu engkau kehilangan engkau, bukankah ramai nantinya orang yang akan disungkurkan (dicampakkan) ke dalam neraka adalah berpunca dari mulut mereka sendiri''.
Hadith
Riwayat Tirmizi
Saya
suka untuk berkongsi satu kisah yang mana memberi pengajaran kepada kita betapa
pentingnya kita menjaga adab dalam pergaulan sesama manusia terutamanya dalam
menjaga lidah yang tidak bertulang ini.
Rasulullah pernah diceritakan mengenai seorang wanita yang kuat ibadahnya. Sering
melakukan solat malam, berpuasa pada siang harinya. Namun, dia mempunyai satu
tabiat yang suka mengata jirannya. Lalu Rasulullah mengatakan bahawa wanita
tersebut merupakan ahli neraka. Nauzubillah, semoga kita terhindar dari
penyakit ini dan diselamatkan dari azab api neraka.
Kesimpulanya
marilah kita sama-sama menjaga hubungan kita sesama manusia. Tidak kira umur,
bangsa, ataupun agama. Manusia tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan,
dan melalui kesilapan itulah kita akan belajar sesuatu yang berharga. Semoga
Allah memberi hidayah dan kekuatan kepada kita dalam menjalani kehidupan kita
yang mencabar.
*Maaf sekiranya ada pihak yang terasa atau terguris dalam membaca post ini.
Saya tidak ada niat untuk mengata mahupun menilai siapa salah atau siapa benar. Ini
hanyalah sekadar perkongsian dan peringatan kepada diri sendiri.
nice sharing, bab beradab ni memang patut kita war-warkan, biar kita belajar cara nak beradab dengan orang yang lebih tua. Biar reti menghormati orang..
ReplyDeletebetul tu.. Yang tua dihormati, yang muda disayangi.. akhlak kita yang mencerminkan peribadi kita..
ReplyDeleteAssalamualaikum, best Abby baca blog Syarizwan. Lebih2 lagi Abby seorg mualaf, blog sebegini menarik bagi Abby dn penuh dgn info yg boleh diaplikasikan dlm kehidupan yg sementara ini. Jazakallah khair, teruskan berkongsi ilmu yg bermanfaat.
ReplyDeleteTerima kasih atas maklum balas,, kita sama2 cari ilmu,, ;)
ReplyDelete