Ramadhan sebagai madrasah tarbiah
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Alhamdullilah kita telah Berjaya sampai ke fasa
ke-2 Ramadhan. Bersyukurlah kepada mereka yang diberi kesempatan untuk
mengecapi pahala berganda di bulan mulia ini. Telah lepas fasa pertama yang
mana disebutkan sebagai fasa yang penuh kerahmatan. Ramadhan menyimpan terlalu
banyak rahsia yang perlu diketahui oleh kita tentang kelebihannya. Ramadhan
yang mengandungi 3 fasa ini yang disebut pada awalnya adalah rahmat,
manakala pertengahannya pula maghfirah dan peghujungnya pembebasan daripada api
neraka. Fasa pertama telah pun meninggalkan kita. Tinggal lagi hanya dua
fasa terakhir. Namun setakat ini, apakah ibrah yang dapat ambil daripada fasa
tersebut? Adakah permulaannya baik, ataupun masih lagi terkial-kial mencari
hidayah untuk menempuh Ramadhan kali ini.
Apa
yang dapat dari pengamatan saya melihat kepada dunia hari ini, Ramadhan kali
ini masih lagi belum menjadikan umat Islam di negara ini cukup tarbiahnya.
Dalam fasa pertama sahaja, melihat berita di dada-dada akhbar, masih banyak
lagi penyakit yang melanda umat Islam. Lebih dukacita kerana perbuatan yang
terkutuk dilakukan pada bulan Ramadhan walhal bisikan syaitan itu tiada, namun,
bisikan nafsu masih lagi menguasai diri. Masih ada lagi manusia yang
menjalankan jenayah seperti rogol, buang bayi, mencuri, dan sebagainya pada
bulan mulia ini. bagaimana kita mengatkan bahawa Ramadhan bulan Tarbiah
sedangkan hati, nasu, dan akal kita langsung tidak mahukan tarbiah itu sendiri?
Siapakah yang salah? Ramadhan ataupun kita? Sudah pastinya kita, yang
menjadikan diri kita hamba kepada nafsu sendiri.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ
عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ
تَتَّقُونَ
“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,” ( surah al-Baqarah, 2: 183)
Dalam firman Allah diatas, Allah mewajibkan puasa keatas umat Islam dan di penghujung ayat Allah menyatakan bahawa “agar kamu bertakwa”. Itulah hasil yang sepatutnya kita peroleh daripada puasa pada Rmadhan ini. Kerana itulah Ramadhan ini disebut sebagai bulan Tarbiah. Hal ini akan mentarbiah kita untuk melatih kita supaya bertakwa kepada Allah dan setelah tamatnya Ramadhan, kita mampu untuk meraih takwa itu sebagai defence mechanism daripada melakukan dosa. Namun, amat rugi sekiranya jiwa kita masih lagi kekal dengan karat-karat jahilliah tanpa mengambil ibrah daripada Tarbiah ini.
Lebih malang lagi bagi pandangan saya,
kepada mereka yang menjadikan Ramadhan ini sebagai salah satu alasan untuk
bermalas-malasan sedangkan setiap ibadah yang kita lakukan berganda-ganda
pahalanya. Jangan jadikan Ramadhan ini sebagai bulan untuk kita menjadi hamba
nafsu yang mengganitikan syaitan yang telah dirantai. Marilah sama-sama kita
imarahkan Ramdhan dengan memperbetulkan niat dan hati kita untuk ditarbiah.
Kejarlah fadhilat Ramadhan yang terlalu banyak ini. mungkin ini adalah Ramadhan
terakhir kita.
0 comments:
Post a Comment