Banyaknya alasan bagi mereka..
“akhi mari jom kita ke masjid, malam ni ada
kuliah lepas maghrib”
“pergilah dulu, ana ada test pagi esok.
Ana perlu study.”
Begitulah situasi yang sering terjadi kepada
mereka yang diajak untuk melakukan kebaikan. Namun secara hakikatnya, sejauh
manakah kepentingan alasan mereka jika dibandingkan dengan risalah Allah yang ingin
disampaikan kepada mereka. Bagaimana lagi cara untuk kita ditarbiah sekiranya
kita sendiri beralasan untuk melakukannya.
Dalam al-Quran Allah berfirman:
لَهُ مُعَقِّبَاتٌ مِنْ بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ يَحْفَظُونَهُ
مِنْ أَمْرِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا
مَا بِأَنْفُسِهِمْ وَإِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِقَوْمٍ سُوءًا فَلَا مَرَدَّ لَهُ
وَمَا لَهُمْ مِنْ دُونِهِ مِنْ وَالٍ
“Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu
mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas
perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu
kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka
sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka
tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka
selain Dia.”
(QS surah
ar-Ra’ad: 11)
Dalam ayat
diatas, Allah menyatakan bahawa Dia tidaka mengubah nasib sesuatu kaum,
melainkan mereka sendiri mengubahnya.
Ramai hari ini
mengaku bahawa mereka dalam keadaan jahil, namun, malangnya, mereka tidak
sekali ingin berganjak untuk ke arah lebih baik. Mereka kekal dalam keadaan
jahil itu, hanya kerana sikap mereka itu.
INGIN
BERUBAH TAPI BELUM MENDAPAT HIDAYAH
“ Saya ingin
sekali berubah, tapi masanya masih belum tiba bagi saya”
Ramai juga
yang beralasan seperti ini. Saya sekali lagi merenung alasan-alasan seperti ini,
jika bukan sekarang bila lagi masanya untuk kita berubah. Adakah kita
benar-benar yakin kita diberi masa oleh Allah untuk berubah? Bagaimana jika
masa kita tamat sebelum sempat untuk berubah menjadi baik?
Terlalu banyak
alasan yang diberikan mereka. Tapi jika diajak utuk perkara melalaikan, jarang
pula mereka memberikan alasan-alasan seperti itu. Tidak dinafikan bahawa iman
manusia ini kadang-kadang rendah. Kita bukanlah spesies nabi mahupun malaikat. Namun
Allah berfirman kepada kita supaya berjihad walaupun kita berat untuk
melaksanakannya.
انْفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالًا وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ
فِي سَبِيلِ اللَّهِ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ
كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ
“Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan
maupun berat, dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang
demikian itu adalah lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui”
(QS surah at-Taubah:41)
Sekali saya mengajukan soalan
kepada pembaca yang mempunyai pelbagai alasan untuk diluahkan. Sejauh mana
kepentingan alasan kita jika dibandingkan dengan seruan Allah? Dimana priority
Islam dalam diri kita. Ramai saja yang mengaku bahawa mereka meletakkan Islam
itu yang pertama dalam hidup mereka. Namun, hanyalah sekadar ucapan di bibir. Islam
is the way of life. Satu frasa yang selalu didengar, namun jarang untuk
diamalkan.
Kesimpulannya sahabat, marilah
kita sama-sama berubah ke arah lebih baik. Tidak perlu untuk kita masa yang
sesuai bagi diri kita kerana belum tentu masa yang ditunggu itu tiba. Tidak peru
menunggu kita menjadi baik barulah sudi untuk melakukan kerja Islam. Tidak perlu
menunggu usia tua sebelum bertaubat. Marilah berubah. Tinggalkan karat-karat
jahilliah dala diri kita. Bukan menunggu ianya tertanggal sendiri. Kita yang
perlu menanggalkannya.
وَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ
تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا
تَعْلَمُونَ
“Boleh jadi kamu membenci
sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai
sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak
mengetahui.”
(QS surah al-Baqarah: 216)
“If
you really want to do something, you'll find a way. If you don't, you'll find
an excuse”
*nota untuk mereka yang memerlukan hidayah
untuk melabuhkan tudung. Ayat Allah telah turun sekian lamanya. Bukan dengan
menunggu seruan atau masa yang sesuai lagi, tapi ayuhlah berubah.
Allah berfirman:
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ
الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ
ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ
يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا
“Wahai Nabi, katakanlah
kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin:
"Hendaklah mereka menlabuhkan jilbabnya [1232] ke seluruh tubuh
mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana
itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang.”
(QS surah al-Ahzab: 59)
[1232]. Jilbab ialah
sejenis kain yang lapang yang dapat menutup kepala, muka dan dada.
Semoga kita dimudahkan dalam perubahan menuju kebaikan....
ReplyDelete