بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Alhamdulillah, setinggi kesyukuran kepada Allah, sekali lagi diberi
kesempatan untuk menyampaikan ilmu untuk para pembaca dalam mencari keredhaan
Allah. InsyaAllah kali ini, saya akan
cuba untuk diskusikan tentang pendapat Ibadah dalam Islam. Mungkin kita boleh
sama-sama diskusikan dalam ruangan komen jika ada pendapat atau maklum balas
mahupun teguran di ruangan komen.
Kita hanyalah hamba
Secara umumnya kita perlu tahu
tujuan kita dijadikan. Ramai yang mengaku Islam, namun sayangnya, mereka masih
mencari tujuan hidup mereka. Oleh sebab itulah hari ini, ramai yang tergelincir
dari landasan Islam dan ada yang sanggup mengambil pendekatan seperti bunuh
diri setelah merasa gagal dalam hidup mereka. Dalam al-Quran, Allah telah
menyatakan tujuan sebenar kita dijadikan dalam surah adz-Dzariyat:
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
“Tidak
aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada-Ku”
(surah
adz-Dzariyat: 56)

Dalam tafsir Ibn Katsir juga menerangkan
sedemikian dan ditambah, manusia disuruh beribadah kepada-Nya dan bukan
kerana Aku (Allah yang Maha Tinggi) memerlukan mereka (manusia). Setiap ibadah
yang diwajibkan sebenarnya impaknya kepada diri kita sendiri. Allah berfirman:
مَنِ اهْتَدَى فَإِنَّمَا يَهْتَدِي لِنَفْسِهِ وَمَنْ ضَلَّ فَإِنَّمَا
يَضِلُّ عَلَيْهَا وَلَا تَزِرُ
وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَى وَمَا كُنَّا
مُعَذِّبِينَ حَتَّى نَبْعَثَ رَسُولًا
“Barangsiapa yang berbuat
sesuai dengan hidayah (Allah), maka sesungguhnya dia berbuat itu untuk
(keselamatan) dirinya sendiri; dan barangsiapa yang sesat maka sesungguhnya dia
tersesat bagi (kerugian) dirinya sendiri. Dan seorang yang berdosa tidak dapat
memikul dosa orang lain, dan Kami tidak akan mengazab sebelum Kami mengutus
seorang rasul.” (surah Al-Israa : 15)

Definisi ibadah
Secara umumnya, ramai umat
Islam hari ini menganggap bahawa ibadah hanya tertumpu kepada solat, puasa,
zakat, haji dan sebagainya. Tidak ramai juga yang salah faham bahawa ibadah
hanya tertumpu dimasjid. Semua itu merupakan satu salah faham bagi maksud
ibadah.
Ibadah boleh didefinisikan
sebagai perbuatan yang baik dan mengikut syara’ yang dilakukan niatnya kerana
Allah dan membawa kebaikan. Menurut Imam Ibn Tammiyah pula, ibadah merupakan segala
amal perbuatan untuk mendapatkan redha Allah sama ada secara zahir mahupun
batin (hati atau fikiran).
Pembahagian ibadah
Ibadah terbahagi kepada
dua (secara asasnya):
- Hafasah( khusus) : ibadah yang wajib seperti solat, puasa, zakat.
- Amal umum: ibadah yang dilakukan unuk membawa kebaikan yang diniatkan kerana Allah seperti menuntut ilmu, menjaga kebersihan, mencari nafkah untuk keluarga.
Syarat dalam mencapai status ibadah
Namun, setiap amal itu mempunyai beberapa
syarat barulah dinamakan ibadah
- Menepati syarak: perbuatan yang tidak bertentangan dengan syariat Islam.
- Niat yang soleh: berniat baik dan niat itu mestilah ikhlas bersandarkan kepada Allah SWT Ta’ala.
- Itqan dan ihsan: Itqab bermaksud tekun atau bersungguh-sungguh serta Ihsan pula memastikan ibadah tersebut berkualtiti dan ikhlas.
- Tidak meninggalkan yang wajib: perbuatan yang dilakukan mesti seiring dengan yang wajib (tidak boleh meninggalkan perkara yang wajib semata-mata melakukan sesuatu walaupun untuk kebaikan.
Salah faham dalam ibadat
Seperti yang saya nyatakan diatas, ramai orang
hari ini menganggap bahawa ibadah hanya tertumpu pada yang wajib dan terletak
di masjid semata-mata. Itulah yang menyebabkan ramai orang Islam hari ini
mengabaikan ibadah ini.
Selain itu, ramai juga yang menganggap bahawa
ibadah ini merupaka pebuatan yang berat untuk dilakukan. Ibadah tidaklah
menyebabkan seseorang tereksa. Ibadah dalam Islam merupakan perbuatan yang
fleksibel untuk mendapatkan pahala Allah SWT Ta’ala.
Tidur juga merupakan ibadah. Tapi, niatnya
haruslah kerana Allah dan jadikan tidur itu sebagai waktu rehat untuk
menjalankan aktiviti hari seterusnya. Adakah ianya berat untuk dilakukan? Tidak
bukan. Banyak lagi contoh ibadat lain yang merupakan simple bagi kita untuk
mendapatkan pahala. Antaranya, berpakaian sopan, menuturka kata-kata yang baik,
dan sebagainya.
0 comments:
Post a Comment