16 Mac 2013 / 4 jamadil awal 1434
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat-sahbiah pembaca sekalian. Bersyukur
kehadrat Allah S.W.T atas kurnia dan rahmat-Nya dengan mengizinkan kita semua
pada hari ini menggunakan pinjaman-Nya untuk melakukan aktiviti seharian kita.
Syukur juga atas nikmat yang paling besar dalam hidup kita iaitu nikmat Iman
dan Islam.
Kali ini, saya ingin membawa
pembaca kepada satu Kalam Allah dari surah al-Hujuraat iaitu:
Yang bermaksud:
"Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu menggunjing sebagian yang lain. Sukakah salah seorang diantara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang"
(Al Hujuraat (49) :12)
Dalam ayat tersebut, mungkin kita
jelas dengan apa yang diterjemahkan. Namun saya ingin kita lebih faham secara
tafsirnya. Menurut tafsir Ibnu Katsir (buku 4 halaman 431..)
Allah SWT melarang
hamba-hamba-Nya yang beriman banyak berprasangka, yaitu melakukan tuduhan dan
sangkaan buruk terhadap keluarga, kerabat, dan orang lain tidak pada tempatnya,
sebab sebagian dari prasangka itu adalah murni perbuatan dosa. Maka jauhilah
banyak berprasangka itu sebagai suatu kewaspadaan.
Diriwayatkan kepada kami dari Amirul Mukminin Umar bin Khathab bahwa beliau mengatakan, "Berprasangka baiklah terhadap tuturan yang keluar dari mulut saudaramu yang beriman, sedang kamu sendiri mendapati adanya kemungkinan tuturan itu mengandung kebaikan.".....
Diriwayatkan kepada kami dari Amirul Mukminin Umar bin Khathab bahwa beliau mengatakan, "Berprasangka baiklah terhadap tuturan yang keluar dari mulut saudaramu yang beriman, sedang kamu sendiri mendapati adanya kemungkinan tuturan itu mengandung kebaikan.".....
Kita sering kali melakukan
sangkaan terhadap orang lain. Melalui ayat di atas, jelas sekali, sebahagian
prasangka itu adalah dosa. Prasangka yang dimaksudkan adalah prasangka buruk
atau negatif yang dilemparkan terhadap seseorang yang melakukan perkara baik.
Contohnya, kita melihat seseorang
menuju ke masjid pada awal waktu sebelum azan, perkara itu adalah perkara yang
baik, namun ada sesetengah antara kita yang melemparkan sangkaan buruk terhadap
mereka seperti mengatakan mereka berlagak alim, berpura-pura warak dan
sebagainya. Lebih malang, ada antara kita yang menuduh mereka untuk melakukan
perkara mungkar sebab itulah mereka awal ke masjid, disaat orang tiada di
masjid. Tuduhan sebegini boleh menjadi fitnah kepada mereka. Kerana itulah
su’ul dzon ini, dikatakan dosa.
Namun begitu kita harus faham
bahawa tidak semua sangkaa itu dosa. Dalam ayat tersebut Allah menyatakan, “jauhilah
kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa”.
Mengapa sebahagian? Mengapa tidak semua? Hal ini kerana prasangka itu perlu ada
sebagai tujuan berhati-hati supaya tiada kemungkaran berlaku. Tetapi, tidak
perlu menuduh mereka tanpa usul periksa.
Dari Abu Hurairah, Rasulullah (SAW) bersabda “Jauhilah bersangka-sangka kerana ianya satu penipuan dalam berkata-kata” (riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud).
Syak wasangka yang dizahirkan
dengan ucapan mudah tergelincir kepada fitnah dan mengumpat (ghibah). Dapatlah
disimpulkan bahawa keburukan fitnah dan mengumpat (ghibah) itu sebenarnya
adalah berakar umbi dari sifat-sifat syak-wasangka.
Rasulullah (SAW) berkata yang
dilaporkan oleh Abu Hurairah “Allah S.W.T tidak akan melihat niat buruk
seseorang itu sehinggalah dia menyuarakannya atau melakukannya”. (riwayat
Bukhari dan Muslim).
daripada Umar Al-Khattab “Bila saudaramu
berkata sesuatu yang mencurigakan, fikirkanlah tentang yang baik-baik sahaja
dan engkau akan mendapat penjelasan yang baik-baik juga” (riwayat Ibnu Katsir
dan Imam Malik)
Dalam ayat diatas juga, terdapat
satu lagi larangan untuk orang yag beriman iaitu perbuatan ghibah (berbicara
buruk) ataupun mengumpat. Betapa buruknya perbuatan ini sehinggakan Allah
memberi perumpamaan orang yang melakukannya seperti memakan daging saudaranya
sendiri yang telah mati.
Rasulullah (SAW) pernah ditanya “Wahai Rasulullah, apa sebenarnya Ghibah itu?” Rasulullah (SAW) menjawab, “Iaitu berkata sesuatu tentang saudaramu yang dia tidak suka”, ditanya lagi “Bagaimana kalau ianya benar?” Rasulullah (SAW) menjawab “Sekiranya apa yang kau katakan itu benar engkau telah melakukan ghibah dan sekiranya tidak, engkau telah melakukan fitnah”
Secara kesimpulannya, jika kita
perhatikan surah al-Hujuraat (49) ini dari ayat 9-12, sebenarnya Allah menyatakan
tentang hubungan sesama manusia. Dan adanya larangan ini sebagai pemecah
hubungan ini. Kerana itulah saya mengutarakan ayat ini kepada pembaca sebagai
muhasabah diri kita.
Akhir sekali, saya membawa beberapa
hadis untuk kita semua renungkan
·
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
"Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada
zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan
menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan
diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat"
(Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu
Hibbad)
·
Sabda Rasulullah S.A.W. "Wahai
orang yang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya!
Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan janganlah kamu mengintip-intip
keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah
akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada
dalam rumahnya sendiri"
(Hadis riwayat Abu Daud)
trime kasih..utk renungan kite brsama
ReplyDelete