Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum,
Apa khabar sahabat-sahbiah sekalian,
Kali ini, saya hanya ingin berkongsi satu cerita untuk kita sama muhasabah diri kita selepas membaca cerita ini.
Seorang doktor bergegas ke hospital selepas menerima panggilan untuk melakukan pembedahan emergency. Beliau terus menukar baju dan segera ke bilik pembedahan. Beliau melihat seorang bapa sedang mundar-mandir menunggu kehadiran doktor.
Selepas nampak doktor, bapa itu menjerit : “Mengapa
lambat sangat? Doktor tak tahu nyawa anak saya dalam bahaya?!! Doktor tak ada
rasa sebarang tanggungjawab ke?”
Doktor tersebut tersenyum dan menjelaskan: “Saya
mohon maaf. Saya tiada di hospital dan saya telah datang secepat mungkin…
sekarang saya perlu saudara bertenang supaya saya boleh melakukan kerja saya.”
“Bertenang!!! Mudah cakap. Bayangkan kalau anak
doktor yang di dalam sana!!!! BOLEHKAN DOKTOR BERTENANG?!!! JIKA ANAK SAYA
MATI, APA YANG DOKTOR NAK BUAT!!”
jerit bapa budak itu lagi.
Doktor tersebut bersenyum dan berkata : “Saya akan
berpegang pada ajaran Islam - dari tanah kita datang kepada tanah kita
dikembalikan… Doktor tidak boleh memanjangkan umur, hanya Allah boleh. Pergi
berdoa untuk anak saudara dan kami akan cuba lakukan yang terbaik. InshaAllah.”
Bapa itu masih tidak berpuas hati dan berbisik pada
hati : “Mudah bercakap nasihat bila tak kena batang hidup sendiri.”
Pembedahan itu mengambil masa beberapa jam… doktor
keluar dengan senyuman lebar dan ceria.
“Alhamdulillah. Anak saudara selamat!”
Tapi tanpa mendengar jawapan bapa tersebut, doktor
terus berkata, “Ada apa-apa sila tanya jururawat saya.”
Bapa budak tadi tersinggung, “Mengapalah doktor
tadi sombong sangat? Tak boleh ke tunggu dua tiga minit untuk berbincang
mengenai keadaan anak saya?” kata bapa itu kepada jururawat…
Jururawat itu tiba-tiba menangis dan berkata, “Anak
doktor meninggal semalam… accident…
beliau tadi di majlis perkebumian ketika kami menelefon beliau untuk membedah
anak encik. Selepas habis pembedahan, doktor perlu bergegas untuk balik
mengebumikan anaknya.”
Bapa budak tu terdiam.
Manusia biasanya hanya melihat atas, melihat bawah,
melihat kiri dan kanan… ada pula yang pandai melihat dari atas dan melihat dari
bawah terhadap sesuatu perkara…. Pengajarannya, anda sendiri boleh
nilai. Persepsi manusia terhadap manusia lain amat berbeza. Nilailah diri kita
sebelum kita menilai keburukan orang.
cerita yg menarik :)
ReplyDeleteTabahnya doktor tu.. .
ReplyDeletewalaupun baru kematian anaknya.Dia tetap lakukan tanggungjawab dia dengan baik .