sahabat
Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Tertarik pulak saya untuk berkongsi post
mengenai sahabat. Tapi bukan lar nak bercerita tentang lagu sahabat nyanyian
Najwa latif tu. Mari kita bincang apa perbincangan mngenai sahabat ni melalui perspektif
Islam.
Sahabat ni siapa sebenarnya dalam hidup
kita? Ada yang kata, sahabat ni sama je dengan kawan. Tapi bagi saya sendiri lar, kawan itu mungkin
orang yang kita kenal je. Kenal dari segi nama, muka. Tambah lagi, sekarang ni,
kenalan atau friends kat facebook pun dikatakan kawan kan,
walaupun kita tak pernah borak apa lagi berjumpa dengan mereka.
Jadi, apa sahabat ni bagi kita? Sahabat
ni mungkin special sikit dari kawan. Kita kenal dia dan kita rapat dengan
mereka. Tapi dalam Islam, ada ciri-ciri sahabat yang kita perlu pilih.
Di dalam kitab Hidayatul Salikin, Imam Ghazali ada menyatakan:
"Hendaklah kita memilih sahabat dengan 5 syarat."
Syarat-syaratnya ialah:
1. Orang yang berakal: Berkawan dengan orang yang jahil
akan menimbulkan persengketaan.
2. Baik dari segi peribadi dan akhlaknya: Elakkan
bersahabat dengan orang yang jahat dan buruk perangainya kerana ianya akan
mempengaruhi kita.
3. Orang yang soleh: Jangan berkawan dengan orang yang
fasik kerana ianya akan sentiasa mengekalkan dosa yang besar dan kecil.
4. Jangan berkawan dengan orang yang sangat kasih pada
dunia: Kasih pada dunia di sini bermaksud sesuatu perkara yang bertentangan
dengan suruhan Allah. Jika berkawan dengan orang yang sebegini, dia akan
terikut-ikut dengan tabiat rakannya.
5. Orang yang benar perkataannya: Janganlah suka
berkawan dengan orang yang suka berdusta. Orang yang suka berdusta itu tidak
dapat dipercayai agama dan dunianya. Demikian itu akan membawa kepada
kebinasaan dunia.
Tapi jangan terlalu salah faham.
Kadang-kadang kita rasa bila kita tahu seseorang tu baik, kita rasa tidak layak
untuk berkawan dengan mereka dengan alasan kita ni tidak berapa baik. Bagi
saya, semua manusia sama, berdosa, kecuali para Nabi yang bersifat maksum.
Jadi, tidak menjadi satu kesalahan untuk kita bersahabat dengan mereka. Mungkin
dari situ kita dapat memperbaiki diri kita supaya menjadi lebih baik.
“Sebaik baik
sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik
baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.”
(Hadis riwayat al-Hakim)
(Hadis riwayat al-Hakim)
Terlalu banyak hadis-hadis
mengenai persahabatan ini. Seseorang itu kebiasaannya akan terpengaruh dengan
akhlak sahabatnya itu. Kerana itulah, dalam satu hadis, Rasulullah s.a.w
bersabda:
Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud:
“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”
“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”
So, marilah sama-sama kita memilih
kawan yang boleh membantu kita mencari Redha Allah. Tetapi, jangan terlalu
merendah diri dengan mengatakan bahawa kita tidak layak berkawan dengan mereka
kerana kita ni seorang yang tidak berapa baik. Satu persoalan ingin saya ajukan
kepada mereka yang berasa sebegitu, takkan kita nak berkawan dengan orang yang
tidak baik, hanya kerana kita juga tidak baik?
Pesanan al-Qamah
(seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya,
“Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut.”
“Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut.”
·
Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya,
dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia
suka mencukupi keperluan.
·
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau
menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik
atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat
kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya)
.
·
Pilihlah seorang sahabat yang
apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu,
ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika
ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.
·
Pilihlah sahabat yang jikalau
engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam,
dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang
menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
·
Pilihlah sahabat yang jikalau
engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya
saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka
mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah
untuk kepentinganmu.
Lastly, Rasululah SAWpernah
bersabda yang bermaksud,
“Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya.”
(Hadis riwayat Abu Daud).
“Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya.”
(Hadis riwayat Abu Daud).
0 comments:
Post a Comment