Assalamualikum w.b.t..
Mungkin bukan sesuatu yang menarik untuk dikongsi. Namun, pada entri kali
ini, saya ingin sekali berdiskusi mengenai islah dalam diri. Islah secara
kasarnya disebut ‘baiki’. Atau lebih nice
disebut pembaikan terhadap diri. Mengapa perlu dibaiki? Persoalan itu perlu
ditanya pada diri sendiri.
Setelah membaca novel Versus hasil karya daripada
Hlovate, saya rasa ada something yang
perlu dibaiki dalam diri. Bagi saya Versus adalah sebuah karya yang begitu
berkesan bagi seseorang yang banyak melakukan dosa tapi ingin berubah menjadi
baik. Amat sesuai untuk remaja yang ingin mulakan hidup mereka. But how they define the ‘baik’? we’ll
discuss about it.
Kita sama-sama kongsikan ilmu yang ada dalam novel ini
untuk sama-sama kita change our life be a
better person. Saya syorkan bagi anda yang belum baca novel ini, baca dan
hayatilah jika anda juga mahu berubah.
Pengislahan diri
Dalam Islam, bukan solat sahaja ditekankan, bab muamalat, ikhtilat, makan
minum, pekerjaan, pakaian, semua diambil kira. Nampak seperti islam ini susah,
tetapi bagi mereka yang belum faham sahaja. Bagi yang faham, Islam tidaklah
susah, bahkan indah.
“Wahai orang yang beriman! Masuklah kedalam Islam secara menyeluruh. Dan
janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan. Sesungguhnya itu adalah musuhmu
yang nyata.” (surah al-Baqarah:ayat 208)
Pernah juga saya mendengar ayat ini dalam kelas semasa kelas math. Madam
pernah tanya bagaimana kita nak amalkan Islam. We always heard about Islam is the way of life, but how can we apply in
our life? Hanya satu perkataan yang dapat define hal tersebut. Iaitu ‘submission’
yang bermaksud kepatuhan. Kepatuhan kepada siapa. Sudah tentu kita tahu iaitu
kepatuhan kepada Allah S.WT. But how? sometimes kita rasa kita tahu
jawapannya.
Jom berubah
nota dari Hlovate untuk pembacanya |
Iman manusia biasa seperti kita ini ada tinggi dan ada rendahnya. Ketika
tinggi, kita merasakan ingin melakukan ibadah sebanyak mungkin walaupun ianya
nampak seperti janggal. Tetapi ketika rendah, kita tidak pula memikirkan
tentang dosa atau yang seangkatan dengannya. Mari kita sama-sama berubah.
Walaupun hakikatnya berubah itu dirasakan payah. Memang untuk menjadi baik itu
sukar dan kadang-kadang kita rasa seperti impossible
untuk berubah setelah mengenangkan diri kita yang dulu.
Berubah itu ada beberapa part
yang kita perlu islahkan;fizikal dan rohani. Perubahan fizikal mungkin
kelihatan mudah untuk diaplikasikan. Tetapi, part rohani atau dalaman amat sukar untuk kita ubah dan hapuskan.
Ramai yang menganggap membuang tatu di kulit adalah paling sakit, tetapi
hakikatnya membuang sisa-sisa dosa dalam hati adalah lagi sakit untuk dikikis.
Hatta clorox sekali pun takkan mampu mengikisnya.
Perubahan memerlukan
masa dan suasana
Oleh kerana itu, perubahan untuk jadi baik memerlukan masa dan sedikit demi
sedikit dalam hidup kita. Seseorang memerlukan masa untuk memutarkan haluannya
kerana masa itu diperlukan untuk memahami apa yang kita perlu faham. Dan
kadang-kadang, perubahan ke arah positif ini memerlukan banyak ketabahan dan
kesabaran yang tinggi kerana ujian yang akan bakal kita hadapi kemungkinan
membuatkan kita mudah mengalah.
Kerana itulah perubahan secara drastik mungkin hanya akan menjadikan
seseorang mudah mengalah dan cepat putus asa dan kembali semula ke zaman
kejahilan mereka kerana mereka berubah hanya secara fizikal tetapi rohani dan
mental belum bersedia untuk berubah. Perubahan rohani inilah yang memerlukan
masa untuk kuat.
Begitu juga environment. Untuk turn diri kita 360° positif, kita
perlukan satu environment yang baru
supaya kita tidak lagi hanyut dan mengimbau memori yang jauh dari Allah. The new environment akan membantu kita
untuk tidak menjadi lemah. Dengan inilah InsyaAllah kita akan menjadi kuat
untuk begin our new life as a good
muslim.
Carilah ketenangan dan
lupakan kepahitan
Mungkin pada awal perubahan kita akan banyak hadapi masalah, tapi itu semua
lah yang menguatkan kita dan ujian adalah guru terbaik kita. Tapi percayalah kita akan rasa tenang jika
berjaya berjalan in the right path. We must remember that Allah said in Holy Quran ; "it may be that you
dislike a thing while it is good for you, and it maybe that you love a thing
while it is evil for you and Allah knows while you do not knows." (2:216)
“hanya dengan mengingati Allah, hati kita akan menjadi tenang” (surah
ar-Raad; ayat 28)
pembacaan boleh membantu. |
So last but not least, kita tanya diri kita tentang persoalan yang saya
kemukakan pada awal-awal, adakah kita cukup baik? For me, saya masih lagi belum
baik tapi kita sama-sama akan berusaha untuk jadi baik. Dan jangan merasakan
diri kita baik tapi teruskan berbuat baik.
nice2.. :)
ReplyDelete