Saya
berkesempatan untuk menghadiri persidangan hari pertama Sidang Dewan Rakyat
bagi penggal ke-3 Parlimen ke-13. Seperti biasa, disana lah para Menteri dan
ahli-ahli Parlimen yang lain membahaskan usul dan membincangkan perihal
negara.
Semalam
merupakan hari pertama persidangan. Namun, seperti biasa Ahli Parlimen (MP) dari
kerajaan dan pembangkang akan membahaskan usul-usul sebelum sesuatu perundangan
itu diluluskan oleh Parlimen. Saya sebagai pemerhati, melihat isi perbahasan
dan juga tahap profesionaliti ahli dewan ketika berbahas.
Secara peribadi, saya merasakan sesetengah ahli Parlimen kita masih di tahap profesionaliti yang rendah ketika berbahas.
Tidak kira dari pembangkang, dan juga kerajaan. Walaupun persidangan masuk hari
pertama, dua orang ahli dewan diarah keluar oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Walaupun ada yang berpendapat itu adalah perkara biasa, namun bagi saya ia
menunjukkan bahawa mereka tidak profesional. Sepatutnya mereka sebagai wakil
rakyat, pemimpin masyarakat mereka perlu menunjukkan contoh yang baik.

Namun antara mereka, masih ada yang saya begitu hormati dan kagum kerana kredibiliti dan karakter mereka. Sebahagian dari kerajaan dan sebahagiannya dari pembangkang. Bagi saya mereka masih profesional dan mempunyai nilai yang baik untuk dicontohi, cuma segilintir yang lain bersikap tidak profesional, nama yang baik juga tercalit sama. Ibarat nila setitik, rosak susu sebelanga.
Apa pun
kita berharap agenda rakyat terus diutamakan disamping meningkatkan usaha untuk
mendidik generasi muda untuk lebih profesional.
*MP = Member of Parliament, digunakan untuk merujuk kepada ahli Parlimen
![]() |
bergambar bersama Timbalan Speaker Dewan Rakyat, YB Datuk Ronald Kiandee
dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Nur Jazlan
|
info
parlimen:
Malaysia
merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah
pentadbiran Raja Berpelembagaan. Seperti Demokrasi Berparlimen mengandungi 3
cabang utama
-
Perundangan (Legislative)
-
Eksekutif (Executive)
-
Kehakiman (Judiciary)
Parlimen di Malaysia terbahagi kepada dua;-
- Dewan Rakyat (house of
representative)
- Dewan Negara (the senate)
Fungsi Parlimen:
- Meluluskan undang-undang
- Membuat pindaan
undang-undang yang sedia ada
- Meluluskan cuka-cukai baru
- Menyemak dasar-dasar
kerajaan
- Meluluskan perbelanjaan
kerajaan
asalam..saya blogger follow ke 247 ya, like followe jg blog saya ya
ReplyDeleteLebih banyak memaki hamun dan berbalah berbanding berbahas dengan sedikit akal..huhu
ReplyDeleteDulu zaman cfs pun berpeluang ke parlimen, bkn senang nak masuk ke sana..
ReplyDeleteBest dapat pengalaman macam nie...
ReplyDeleteSemoga apa yang patut diubah akan berjaya diubah :)